Memang tak asing lagi kita dengan pelakon ini. Pelakon, Yana Samsudin meluahkan rasa gembira kerana berjaya menyempurnakan niat untuk membawa kedua orang tuanya mengerjakan ibadah haji di Tanah Suci Mekah pada tahun ini. Berita tersebut dikongsikan oleh Yana menerusi akaun Instagram miliknya.
10 tahun berjanji
Masya-Allah, Alhamdulillah, Allahuakbar. Saya tak pernah jejak kaki ke sini (Tanah Suci), tapi Allah bagi peluang menunaikan haji dan umrah sekali gus. Benar janji Allah, bila kita berbakti kepada kedua ibu bapa, berusaha dan berkorban membelanjakan segala harta ke jalan-Nya, Allah beri segalanya. Malah lebih. Subhanallah, aku telah menyaksikan semuanya. Tiada yang lebih penting dalam hidupku. Hanya Allah, Nabi Muhammad, ibu bapa, suami dan keluargaku.
Ujar Yana, mengerjakan ibadah haji dan umrah bersama suami dan ibu bapa merupakan suatu kenangan yang sangat manis buat dirinya. Tambahnya, tiada nikmat yang lebih indah buat seorang anak selain berbakti kepada kedua ibu bapa. Menurut Yana lagi, walaupun bergelar selebriti, dia tetap berdepan halangan dan cabaran tersendiri sebelum benar-benar berjaya melunaskan impian tersebut. Malah, dia bersyukur kerana mempunyai suami yang sangat baik dan sentiasa menyokong apa sahaja yang dilakukan olehnya selama ini.
Orang cakap artis tak mampu ke? Hanya Allah lebih mengetahui. Hanya saya yang melaluinya. Syukur, beruntung juga saya mempunyai suami yang sangat menyokong. Itu juga hadiah pinjaman berharga dari Allah. Alhamdulillah.