Lama menyepi Ako Mustapha dedah terpaksa dikejarkan ke wad kecemasan, sekali isteri tampil dedah apa yang jadi sebenarnya

Gara-gara tidak mengambil ubat selama seminggu, pelakon Ako Mustapha terpaksa dikejarkan ke zon kritikal Hospital Kuala Lumpur (HKL) sebentar tadi. Perkara tersebut dikongsikan isterinya, Kartina Shuib yang memaklumkan suaminya terpaksa dikejarkan ke HKL akibat saraf dan otot tubuhnya tidak dapat berfungsi dengan baik. Menurutnya, dia tidak mengetahui Ako atau nama sebenarnya Muhaizad Ahmad Mustapha tidak mengambil ubat kencing manisnya sepanjang dia bekerja di luar kawasan selama seminggu. “Ako tinggal bersama anak-anak dan bekerja seperti biasa. Tapi saya tidak tahu yang dia tidak mengambil ubat kencing manis bila saya tiada. “Apabila tiba di rumah, saya lihat wajahnya sudah lain macam. Dia memaklumkan baru muntah selepas minum air dan makan sup. Apa sahaja yang masuk ke dalam perut akan keluar balik.

“Saya nasihatkan untuk segera ke hospital, tetapi dia enggan. Muka dia pun dah mula senget menyebabkan saya terus hubungi ambulan selepas itu,” katanya. Bagaimanapun, Kartina menegaskan Ako tidak berdepan penyakit angin ahmar dan suaminya akan dipantau selama 24 jam dengan harapan setiap yang dimasukkan ke dalam badannya tidak keluar semula. “Doktor kata bukan angin ahmar tetapi sebab tiada insulin dalam badan. Doktor beri dia enam liter air, glukosa berserta insulin,” katanya. Berkongsi perkembangan terkini, Kartina berkata, Ako kini sudah boleh membuka mulut dan bertutur seperti biasa, cuma keadaannya masih lemah. “Pernafasannya lemah dan kuantiti oksigen juga menurun. Sekarang dia dipindah ke wad isolasi yang tidak membenarkan sesiapa untuk melawat,” ujarnya lagi. Terdahulu, dalam kenyataannya kepada media, Ako memberitahu dia mula menghidap kencing manis sejak awal tahun lalu hingga menyebabkan berat badannya menurun hingga 20 kilogram. Sekadar rekod, Ako, 51, berkahwin dengan Kartina pada 17 Januari 2009. Hasil perkahwinam, mereka dikurniakan empat orang cahaya mata.

Sumber, KOSMO! ONLINE

Exit mobile version