Penyampai radio Hot FM Imran Aqil bertunang dengan pilihan hatinya Dahlia Rizal, Imran akui sudah bersedia bergelar suami

Siapa tak kenal dengan pasangan popular sama padan dan cantik ini. Kata Imran “Saya memang nak rahsiakan perkara ini sebab risau dengan penyakit hasad memandangkan pasangan saya juga individu yang dikenali. Apa-apa boleh berlaku dan tak tahu apa yang orang lain fikir.” Demikian kata penyampai radio Hot FM, Imran Aqil apabila mengesahkan pertunangannya dengan pempengaruh media sosial, Dahlia Rizal yang berlangsung Ahad lalu.

Imran berkata, biarpun majlis pertunangan yang diadakan secara tertutup ‘kantoi’, namun dia reda dan tidak mengambil serius memandangkan dia dan pasangan adalah individu yang memiliki pengaruh di media sosial. “Seeloknya pertunangan ini dirahsiakan dan diadakan secara diam-diam sebab nak elak dengan perkara yang tidak baik. Namun apa yang berlaku di luar kawalan apabila ada saja gambar dan video yang terbongkar. “Lagipun belah keluarga Dahlia pun ada yang nak memuat naik, jadi saya pun bagi kelonggaran. Cuma untuk saya dan Dahlia ada beberapa perkara yang kami tidak kongsikan,” katanya.

Pada majlis pertunangan itu, Imran menyerahkan lima dulang hantaran manakala Dahlia membalas tiga dulang hantaran. Menurut Imran, biarpun baru berusia 23 tahun namun dia sudah bersedia untuk memegang tanggungjawab sebagai suami selepas berkenalan secara serius dengan Dahlia awal tahun ini. “Kami sudah berkenalan lebih lima tahun sejak saya berusia 18 tahun lagi. Sekarang ini usia saya sudah 23 tahun dan nak dijadikan cerita awal tahun ini kami mula berkawan dengan serius. “Sejujurnya saya sudah bersedia untuk melalui fasa perkahwinan walaupun ada yang beranggapan saya terlalu muda untuk berkahwin. Tapi bagi saya, umur bukan penghalang seandainya perasaan bersedia itu sudah ada dalam diri.

Katanya lagi “Bagaimanapun saya belum ada tarikh rasmi pernikahan kami kerana saya masih menunggu Dahlia menamatkan pelajaran dalam bidang Ijazah Sarjana Muda Pengurusan Sumber Manusia dan mendapat pekerjaan tetap terlebih dahulu. Dahlia dijangka tamat belajar sekitar hujung tahun depan,” katanya. Dalam pada itu, Imran memaklumkan dia mengalami demam campak sejak kelmarin dan terpaksa bercuti daripada bersiaran di radio Hot FM selama dua minggu. Sumber, harian metro

Exit mobile version