Aktor popular, Remy Ishak memaklumkan ibunya kini sedang berada dalam keadaan krtkl dan sedang dirawat di Hospital Besar Melaka. Perkhabaran tersebut dikongsikan sendiri oleh pemilik nama lengkap Mohammad Zalimei Ishak itu menerusi sebuah ciapan di laman Twitter miliknya. Lantaran itu, Remy memohon jasa baik semua pihak untuk mendoakan agar ibunya itu dapat kembali sembuh seperti sedia kala. “Emak saya sedang krtkl di Hospital besar Melaka. Mohon jasa baik semua mendoakan untuk emak saya Basrah binti Md Deris,” tulisnya. Bagaimanapun, pelakon filem Pulang itu dilihat masih belum mengulas lanjut mengenai sakit yang sedang dialami oleh ibunya itu. Menjengah ke ruangan komen, rata-rata warganet turut menzahirkan rasa dukacita selain turut memberikan kata-kata semangat buat Remy dan seluruh ahli keluarganya. Apapun, jom kita mendoakan agar kesihatan ibu Remy dapat kembali pulih dan segera dibenarkan keluar daripada hospital.
Komen warganet:
Sumber/ Kredit : mediahiburan.my
PERHATIAN, Pihak kami tidak akan bertanggungjawap langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak kami juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawap anda sendiri.