Ramai hairan Datin Alyah mendadak kurus, Sekali Alyah tampil dedah sesuatu

Umum memang kita kenali wanita ini. Penyanyi dan usahawan, Datin Alyah menerusi laman Instagram menjawab persoalan orang ramai yang mempersoalkan bagaimana dia dapat menurunkan berat badan sehingga menjadi langsing. Dedah Alyah, ramai mengetahui berat badannya pernah mencecah sehingga 68 kilogram dan menghidap pelbagai sakit termasuk gastrik. “Ramai yang tanya macam mana boleh kurus?? Orang tahu Alyah pernah besar dulu dan ada macam-macam penyakit yang paling teruk gastrik sampai muntah-muntah. Kalau siapa yang follow  Alyah dari dulu pasti ada baca Alyah masuk hospital sebab gastrik teruk.”-Kongsi Alyah lagi

Terpaksa Tolak Tawaran Nyanyian

Tambahnya pelantun Sesal Separuh Nyawa itu, dia pernah menolak tawaran nyanyian disebabkan keadaan yang tidak boleh menyanyi dalam keadaan baik disebabkan masalah ‘semput’. “Cerita pasal kerja pulak ya. Ada waktu Alyah tolak nak pi show sebab tak boleh nak nyanyi dengan baik kejap-kejap semput, kejap-kejap lelah.”-Kongsi Alyah

Pernah Lakukan Pembedahan Bariatrik

Tampil bersikap jujur, Alyah mendedahkan bahawa dia pernah melakukan pembedahan bariatrik 5 bulan yang lalu dan menitipkan rasa syukur diberikan peluang untuk kembali cergas dalam beribadah dan bekerja. “Alyah pernah melakukan bariatrik operation 5 bulan lepas. Dan tiada rahsia untuk Alyah sembunyikan. Dan Allah SWT bagi jalan untuk kembali cergas dalam beribadah, bekerja & beribadah. Sebesar-besar syukur saya panjatkan pada Illahi.”-Dedah Alyah. Sumber, murai

Exit mobile version