Biarpun namanya timbul dalam komen provokosi dicetuskan seorang warganet ketika sesi siaran langsung TikTok oleh Neelofa, baru-baru ini, Fazura mengambil langkah membisu. Jelasnya, tiada keperluan untuknya mengulas mengenai isu itu memandangkan ia tiada kena mengena dengan dirinya. “Saya rasa ini tiada kena mengena dengan saya, Diana ke apa nama tu. Saya ada mendengar mengenai isu itu. Soalan ini tidak seharusnya diajukan kepada saya. Apa yang berlaku di luar sana saya tidak tahu menahu. “Daripada komen perkara yang saya tidak tahu, lebih baik saya fokus pada apa yang saya lakukan sekarang,” katanya dipetik dari Harian Metro ketika ditemui di majlis sidang media Faztival Fazura di sebuah hotel terkemuka di sini, hari ini.
Sebelum ini, tular reaksi tidak senang Neelofa berikutan seorang warganet membayangkan seandainya Fazura juga mengeluarkan produk inai seperti Neelofa. Kalau sesi live Fazura pula yang diterjah peminat Neelofa, apa reaksinya agaknya, ya. PERHATIAN, Pihak kami tidak akan bertanggungjawap langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak kami juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawap anda sendiri. Sumber, cari