Siapa tak kenal dengan pelakon lama ini. Ako Mustapha, 51, yang dirawat di Hospital Kuala Lumpur (HKL) akibat d4r4h kotor sejak tujuh hari lalu dibenarkan pulang. Isterinya, Kartina Shuaib ketika dihubungi berkata, Ako kini berada dalam keadaan stabil dan sudah boleh melakukan aktiviti seperti biasa. “Alhamdulillah, selepas doktor melakukan pemeriksaan akhir, Ako dibenarkan pulang sekitar jam 7 malam,” katanya kepada Harian Metro.
Menceritakan detik cemas ketika Ako dikejarkan ke HKL pada 4 Ogos lalu, Kartina berkata, keadaan suaminya ketika itu kritikal dan doktor ibaratkan dia seperti ‘nyawa-nyawa ikan’. Kartina bersyukur dapat membawa Ako segera ke hospital ketika itu. “Selepas melihat keadaannya yang teruk, saya memang bercadang nak bawa dia ke hospital. Tak sangka pula selepas saya beri dia minum air dan sup, tiba-tiba dia muntah dan wajahnya mula senget. “Saya terus hubungi ambulans dan Ako dibawa ke HKL. Bila sampai sana, Ako dimasukkan ke zon merah. Doktor juga maklumkan mujur saya bertindak cepat kerana ketika itu nyawanya sudah ibarat ‘nyawa-nyawa ikan’,” katanya.
Namun, laporan ujian darah mendapati dia mengalami darah kotor atau toksik dalam badan sehingga tahap oksigennya menurun ke 40 peratus serta mengakibatkan gangguan pada saraf dan otot. “Alhamdulillah, sekarang dia sudah boleh bercakap, berjalan dan makan seperti biasa. Doakan semoga Ako diberikan kesihatan yang baik dan dipanjangkan umur,” katanya. “Selepas diberi rawatan kecemasan, dia sudah boleh buka mata dan bercakap,” katanya. Sumber, rose merah
PERHATIAN: Pihak admin tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak admin juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri