Siapa tak kenal dengan pengacara ini. Pengacara tersohor, Datuk Aznil Nawawi memuatnaik satu perkongsian Instagram Live tahun 2019 menceritakan mengenai bahaya rokok yang telah menyebabkan kem4tian bapa dan dua abangnya dahulu. Menurut Aznil atau mesra disapa Pak Nil, dia mengakui dirinya amat sedih apabila melihat insan-insan penting dalam hidupnya telah pergi menghadap ilahi kerana sakit paru-paru, strok, dan kanser paru-paru yang berpunca daripada merokok. “Ingat tak Pak Nil pernah buat live selepas pemergian Abang PakNil yang kedia (17 Aug 2019) tentang bahaya merokok dan beri perkongsian mengenai ayah dan dua abang Paknil yang meninggal akibat rokok. “Derita jiwa bila melihat mereka pergi kerana sakit paru-paru, strok, dan kanser paru-paru. Semua berpunca dari MEROKOK.”-Tulis Pak Nil
Beri Sokongan Terhadap Tindakan Pihak KKM
Dalam pada itu, pengacara terkenal ini turut memberikan sokongan terhadap tindakan Kementerian Kesihatan Malaysia yang menggubal polisi yang dikenali sebagai Generation End Game (Generasi Penamat). “Pak Nil sokong tindakan @kementeriankesihatanmalaysia @khairykj menggubal RUU berkenaan Generational End Game (Generasi Penamat Rokok). Cukup-cukuplah. Sampai bila.”-Tulis Pak Nil
Dipetik dari laporan Harian Metro, Kementerian Kesihatan (KKM) membentangkan dua rang undang-undang (RUU) di Dewan Rakyat iaitu RUU Kawalan Produk Tembakau dan Merokok 2022 dan RUU Makanan (Pindaan). RUU berkenaan turut mengetengahkan larangan merokok apa-apa produk tembakau atau pengganti tembakau serta larangan penggunaan peranti merokok, oleh mana-mana orang yang lahir pada 2007 dan seterusnya bagi perkara berkaitan. Sumber, murai