Memang tak asing lagi kita dengan pelakon, pelawak dan penyampai radio terkenal ini. Johan kongsi kisah keluarga untuk beri manfaat kepada peminat. Tidak hanya perkembangan karier seni, perkongsian pelawak dan penyampai radio, Johan tentang kehidupan di rumah bersama keluarga turut menjadi tumpuan peminat. Sekadar berkongsi sisi berbeza dirinya sebagai seorang bapa dan ketua keluarga, Johan atau Mohamad Yazid Lim Mohd Aziz, 38, berharap apa yang ditunjukkan dapat memberi manfaat kepada peminat. Pun begitu kata Johan, timbul rasa terkilan dalam dirinya apabila ada sesetengah pihak mula ‘cakap belakang’ tentang perkongsiannya di sosial media.
Johan dan Ozlynn berlakon sama dalam Abang Long Fadil 3
Katanya “Saya berkongsi kerana Johan di depan kamera dan di rumah adalah dua individu berbeza. Di rumah saya adalah Yazid kepada anak-anak. “Apa yang saya muat naik adalah untuk pengikut di media sosial tetapi ada yang bukan dalam kalangan pengikut mula ‘berbunyi’ dan mereka bercakap apa sahaja yang dimahukan. Itu membuatkan saya tak suka,” katanya. Johan ditemui ketika majlis tayangan perdana filem Abang Long Fadil 3 yang berlangsung pada malam Jumaat.
Baru-baru ini tular video Johan sedang mengajar salah seorang anaknya mengaji sambil memegang rotan mendapat pelbagai respons ramai yang suka dan mengkritik caranya mendidik anak. Dalam pada itu, Johan berkata sebagai seorang bapa, dia berusaha memberi ilmu terbaik buat anak-anaknya meskipun ada terdetik kebimbangan jika suatu hari nanti mereka akan berubah dan memilih jalan hidup sendiri. “Saya suka anak ramai kerana mereka ada pelbagai karakter dan saya bagi ilmu yang sama rata untuk mereka sebagai bekalan untuk terus hidup sekiranya saya sudah tiada suatu hari nanti.
Sekarang ini anak-anak masih kecil dan mereka sentiasa doakan saya terus murah rezeki. Apabila sudah besar nanti, pasti mereka pula mengharapkan doa ibu bapa untuk berjaya
Katanya “Semua ibu bapa ada perasaan risau apabila anak-anak semakin membesar. Perkara sudah terjadi kepada diri saya sendiri. “Nenek beragama Buddha tetapi ibu pula memilih jalan untuk memeluk Islam sebab itu pilihannya. “Apa yang boleh saya lakukan adalah sentiasa berdoa. Sekarang ini anak-anak masih kecil dan mereka sentiasa doakan saya terus murah rezeki. Apabila sudah besar nanti, pasti mereka pula mengharapkan doa ibu bapa untuk berjaya,” ujarnya.
Johan yang mendirikan rumah tangga dengan pelakon Ozlynn Wati dikurniakan enam orang cahaya mata iaitu Ahmad Ariq Hanania, Ahmad Sodiq Hanania, Ahmad Haziq Hanania, Nur Latifah Chantiq Hanania, Nur Latifah Moleiq Hanania dan Nur Latifah Cherdiq.
Gandingan Johan dan Zizan penuh aksi serta komedi
Sementara itu bercakap tentang gandingan bersama sahabat baiknya Zizan Razak dalam filem arahan Syafiq Yusof itu, kata Johan banyak babak yang sukar untuk dilakukan kerana kedua-dua mereka sering bergurau ketika di lokasi. Bagaimanapun, Johan meluahkan rasa gembira apabila lakonannya diterima baik pengarah dan berharap ia juga mendapat sambutan baik penonton apabila ia mula ditayangkan pada 8 September nanti. “Babak dengan Zizan memang susah sebab kami banyak tergelak ketika di set penggambaran. Namun saya gembira apabila pengarah dapat menerima hasil kerja kami. “Semoga penonton juga akan memberi sambutan baik untuk filem kali ini,” jelasnya. Sumber, mstar