Memang tak asing lagi kita dengan pelakon wanita ini. Saban tahun ada sahaja cerita mengenai i.su selebriti wanita yang kembali membuka tudung semula termasuk baru-baru ini, penyanyi Elyana akui tidak lagi berhijab. Susulan i.su tersebut, baru-baru ini tular video dimuat naik oleh seorang pengguna Tik.Tok memaparkan pelakon Ummi Nazeera memberikan pendapatnya mengenai i.su berkenaan. Sekadar info, beliau mencipta nama di persada dunia lakonan menerusi drama terbitan TV3 iaitu siri TV ditayangkan pada tahun 2009 yang berjudul drama Nur Kasih di samping gabungan barisan bersama pelakon berbakat iaitu Remy Ishak, TizZaqyah dan FizzFairuz sehingga tamat siaran pada akhir Mac.
Selain itu, beliau membintangi filem terkemuka yang diterbitkan menerusi Tayangan Unggul iaitu filem komedi pada 2010 iaitu, H.antu Kak Limah Balik Rumah gandingan penyanyi Awie, pelakon veteran Allahyarham Zami Ismail, serta pelawak Johan Raja Lawak dan Usop Wilcha yang juga terlibat dalam menjayakan filem tersebut pada akhir tahun itu.
Doakan Saya
Menerusi temubual oleh sebuah stesen radio Malaysia, Zayan FM itu, Ummi berkata jangan menormalisasikan membuka tudung selepas berhijab. “Eh ramai dah buka tudung, maknanya yang lain boleh buka tudung. Its not normal, ini tak betul. Kalau dah pakai itu, jangan jadikan ianya normal nak buka tudung semula. Ia dah jadi macam satu p.enyakit,” katanya. Ummi berkata sebagai manusia tiada siapa tahu tentang penga.khiran seseorang serta meminta orang yang mengenalinya mendoakannya. Mengambil iktibar dari keja.dian yang terjadi, pelakon drama Risik Pada Hati itu sentiasa berdoa untuk kekal berhijab hingga ke pengakhirannya.
Saya minta orang disekeliling yang menyayangi diri saya agar mendoakan agar diri ini tidak membuka tudung. Saya risau kalau itu pengakhiran saya. “Kita tak tahu pengakhiran kita macam mana. Sekarang saya pakai tudung, tapi tahu akhirnya macam mana. Mungkin artis yang buka tudung nanti akhirnya dia pakai tudung. Amin,” katanya. Meninjau di ruangan komen, rata-rata netizen setuju dengan apa yang diperkatakan oleh pelakon wanita terbabit dan sangat menyukai dengan caranya bercakap dengan penuh lemah-lembut ketika memberi nasihat.
Reaksi Orang Ramai
Ada beza dgn memakai tudung dgn menjaga a.urat kalau pakai tudung tp masih tidak menjaga a.urat pon tidak cukup doa la supaya Allah memelihara a.urat kita supaya kelak menutup dengan tudung tetapi tidak menj.erut leher insyaAllah yg baik2 juga kita meminta. Alhamdullillah. Doakan Dan minta dengan niat yg baik. Jaga Dan kawal hati agar tidak terg.oda dengan bisikansy.aitan. Diantara cara kita untuk kekal istiqomah,kena bergaul dgn org2 yg soleh dan solehah,banyakkan mendengar tazkirah, cari lingkungan yg baik dan sentiasa ingat, yg a.zab Allah itu sangatlah pedih bukan lamapun Allah bg peluang hidup ni ,disana nanti yg kekal dan abadi.
Semoga ummi nazeera yang saya sayang kekal Istiqamah dan menjadi seorang muslimah yang terbaik. Menuju ke arah kebaikan. Dipermudahkan segala urusan dunia dan akhirat. Diberikan umur yang bar.okah, diberikan dan dibukakan segala pintu rezeki melimpah ruah. Sumber, online malaya