Memang tak asing lagi kita dengan nama terkenal ini. Zizan kini lebih mengutamakan kesihatan. Menjadi seorang bintang terkenal seperti Zizan Razak tidak semudah yang disangka kerana di sebalik populariti yang diraih banyak perkara terpaksa dikorbankan oleh pelawak dan pelakon berkenaan. Zizan, 38, berkata, dia pernah melalui fasa yang mana dia terlalu memberi fokus kepada karier yang memerlukan komitmen tinggi sehingga mengabaikan nikmat paling penting iaitu kesihatan.
Dedah pelakon filem Abang Long Fadil 3 ini, dia pernah mengalami kebimbangan melampau (anxiety) sehingga menerima rawatan selain menjalani pemeriksaan di Institut Jantung Negara (IJN). “Kerja kuat sekalipun, kesihatan kena jaga, tidur perlu cukup. Saya sudah lalui ketika terlalu sibuk bekerja sehingga abaikan kesihatan. Rambut sampai gugur akibat tak cukup tidur.
Zizan bangga dengan hasil ALF3 yang turut menampilkan pelakon Maya Karin
Kata Zizan pada mStar “Ada kerja yang beri bayaran lumayan tetapi hujung-hujung saya sendiri tertekan dan mengalami anxiety. Banyak duit sekali pun kalau tak sihat, tidak berguna. “Saya pernah ke IJN kerana takut ada masalah jantung tetapi Alhamdulillah doktor beritahu saya sihat dan menasihatkan agar saya mendapatkan rehat mencukupi,” katanya kepada mStar. Zizan ditemui ketika majlis tayangan perdana filem terbaharunya berjudul Abang Long Fadil 3 (ALF3) yang berlangsung di TGV, KLCC baru-baru ini. Dalam pada itu, Zizan berkata, ekoran itu juga dia lebih selektif terhadap tawaran yang diberikan selain tegas tentang jadualnya.
Banyak duit sekali pun kalau tak sihat, tidak berguna
Kata Zizan lagi “Sekarang saya memang memilih kerja dan demand dalam hal berkaitan waktu. Bukan tak boleh tolak ansur cuma jika boleh biarlah balik awal kerana waktu tidur itu penting. “Saya minta pihak pihak pengurusan supaya dapatkan kerja yang tidak terlalu lewat. Saya juga tidak mahu susahkan diri sendiri kalau sakit dan menggangu kerja orang lain.
Barisan pelakon Abang Long Fadil 3 ketika tayangan perdananya baru-baru ini
Luah Zizan lagi “Kalau tak boleh terima dengan waktu kerja saya, tidak mengapa. Saya percaya ada rezeki lain akan datang,” ujarnya. Sementara itu, bercakap tentang Abang Long Fadil 3, Zizan berbangga dengan hasil kerja pengarahnya, Syafiq Yusof yang disifatkan berjaya memberi kelainan dalam pelbagai sudut filem tersebut. Malah kata Zizan, segala kepenatan dan pengalaman ketika penggambaran dianggap berbaloi sehingga menitiskan air mata saat pertama kali menonton trailer naskhah berkenaan.
Zizan bergandingan dengan Johan dalam Abang Long Fadil 3
Katanya lagi “Saya sangat puas hati. Tengok trailer pun sudah mengalirkan air mata. Syafiq berjaya bawa filem ini seperti sebuah karya antarabangsa. “Banyak cabaran yang dilalui sepanjang penggambaran. Saya pernah terlibat dalam kemalangan selepas pulang lewat kerana terlalu penat dan mengantuk. Semua yang dilalui itu berbaloi,” ujarnya. Filem terbitan bersama Skop Productions dan Astro Shaw ini bakal mula ditayangkan pada 8 September. Sumber, mstar