Awie kongsi sesuatu tentang arwah Bob Lokman, Ini yang buat peminat turut sebak

Memang tak asing lagi kita dengan berita ini. Pemergian pelakon, pengacara dan penulisan lirik terkenal, Bob Lokman sememangnya memberi kesan yang mendalam kepada ramai pihak terutamanya buat rakan-rakan seperjuangan industri seni tanah air. Antara yang turut sama menitipkan nukilan indah buat arwah Bob termasuklah penyanyi dan pelakon terkenal, Datuk Awie. Menurut Awie, dia dan Bob pernah mengharungi pelbagai detik suka dan duka sepanjang bergelar anak seni dan yang lebih utama sebagai seorang sahabat.

Katanya lagi, segala kenangannya bersama Bob akan sentiasa tersemat di hatinya. “Innalillahiwainnailaihirajiun. Selamat jalan sahabat. Banyak sejarah kita bersama. Suka, duka dan jasa. Aku simpan dan aku hormati semuanya. Satu hari kita akan jumpa di sana,” tulisnya. Nukilan tersebut dikongsikan sendiri oleh pelakon drama Kids Nowadays itu menerusi entri terkini di laman Instagram. Menerusi posting, Awie turut memuat naik fotonya bersama arwah Bob ketika mereka masih muda.

Dalam pada itu, Awie atau nama sebenarnya Ahmad Azhar Othman turut menyifatkan pemergian arwah Bob sememangnya memberi hikmah dan mengingatkannya tentang kematian. “Aku doakan semoga kau diampunkan segala dosa dan tenang disana disamping kekasih-kekasih Allah SWT”. Allahuakbar, kawan-kawan ku semua, masa kita akan sampai nanti. Al-Fatehah,” kongsinya lagi. Melihat di ruangan komen, rata-rata warganet menzahirkan rasa sebak selain turut mendoakan semoga arwah Bob ditempatkan dikalangan orang beriman.

Kata warganet lagi “Almarhum Bob Lokman dan Wings satu ketika dahulu nama yang tidak boleh dipisahkan. “Salam takziah. Semoga Almarhum Bok Lokman ditempatkan dalam golongan para soliheen. “Semoga tenang di sana Abang Bob. “Perginya seorang yang berbakat besar dalam industri muzik tanah air. Khususnya lagu Isabella dan Taman Rashidah Utama yang menjadi karya hebat beliau. “Kita semua akan ke sana juga nanti. Semoga keluarga Bob Lokman tabah menghadapi dugaan ini,” antara komen-komen warganet. Terhadulu, arwah Bob sememangnya mempu hubungan yang sangat akrab dengan Awie kerana arwah bertanggungjawab menulis lagu-lagu popular kumpulan Wings seperti Intanku Kesepian dan Taman Rashidah Utama. Sumber, media hiburan

Exit mobile version