Usahawan kosmetik Datuk Seri Aliff Syukri bakal menimang cahaya mata keenam apabila isterinya yang juga usahawan, Datin Seri Nur Shahida Mohd Rashid kini hamil dengan usia kandungan mencecah empat bulan. Nur Shahida berkata, dia mengalami alahan teruk pada awal kehamilan dan mudah rasa penat hingga jarang berkongsi perkembangan semasa di media sosial. Ya, saya sedang hamil anak keenam, usia kandungan baru masuk tiga ke empat bulan. Saya tidak terlalu gembar-gemburkan mengenai kehamilan ini. Ini kali keenam dan bukannya saya baru hamil anak sulung. Jadi saya menjalani kehidupan macam biasa saja. “Pada awal kehamilan, saya alami alahan teruk juga, cepat rasa penat, malas dan sebagainya. Sebab itulah kalau ada yang perasan saya sekarang jarang mengemaskini perkembangan terkini di media sosial. Apa yang dimuat naik pun gambar atau video lama,” katanya.
Pohon Doa Orang Ramai
Datuk Seri Aliff Syukri berkongsi detik mencemaskan apabila isterinya iaitu Datin Seri Nur Shahida Mohd Rashid mengalami pendrhan hingga terpaksa dikejarkan ke hospital. Menurut Aliff, semasa kejadian dia sedang melakukan siaran langsung di laman sosial dan terkejut mendengar isterinya yang sedang hamil empat bulan menjerit kesakitan. Tengah sibuk buat live tiba-tiba isteri saya jerit kesakitan dan mengalami pendrhan yang banyak.
“Masa ini saya lari macam tak cukup tanah. Saya hanya fikir bayi dan isteri saya. Semuanya jadi kelam kabut, sepanjang perjalanan isteri saya mengalami pendrhan,” katanya. Aliff berkongsi mengenai kejadian itu menerusi Instagram miliknya pada malam Khamis. Dalam pada itu, Aliff memberitahu doktor sudah menjalankan pemeriksaan dan mendapati bayi dalam kandungan berada dalam keadaan baik.
“Alhamdulillah doktor scan kata baby okay. Denyutan jantung pun okay. Cuma isteri saya kena baring sahaja dan berehat untuk tiga hingga lima bulan sebab bahaya untuk ibu dan anak sehingga uri naik semula. Doakan semuanya dipermudahkan,” katanya. Menjengah ruangan komen, rata-rata warganet mendoakan semoga Shahida dan bayi dalam kandungan sihat sehinggalah hari kelahiran.
Antara Reaksi Warganet
Semoga Datin dan bayi tidak ada apa-apa. Harap dipermudahkan urusan Datuk sekeluarga. “Suruh isteri rehat dulu Datuk. Penat sangat tu. Semoga Allah gantikan rezeki yang lebih baik,” tulis warganet. Sementara itu, Shahida menerusi Instagram miliknya pula meminta pandangan pengikutnya yang pernah mengalami pendrhan yang sama. “Semalam sakit perut sangat, lepas tu b.leeding banyak takut sangat tapi bila check baby sihat Alhamdulillah. Sesiapa ada pengalaman boleh kongsi sebab pendrhan semasa uri masih baru awal kandungan empat bulan,” tulisnya. Aliff dan Shahida mendirikan rumah tangga pada Ogos 2007. Pasangan ini dikurniakan lima cahaya mata iaitu Ammar Ahyan, Qadejah El Zahra, Ibraheem Adham, Yusoff Al Qardawi dan Raudah Arshiyah. Kredit, Mstar/IG. Sumber, Online Malaya