Setelah lama mendiamkan diri daripada media sosial, adik kepada selebriti terkenal Neelofa, Ameera Khan kini dilihat muncul dengan imej baharu. Menerusi sebuah video perkongsian oleh akaun @lailakhanakhamad1 di TikTok, memperlihatkan Neelofa dengan adiknya, Ameera Khan sedang mempromosikan produk pembayang mata jenamanya. Namun, apa yang menarik perhatian warganet, Ameera dilihat membawa imej baharu yang mana disifatkan sedap mata memandang sebagai seorang muslimah oleh warganet. Dalam video tersebut, Ameera telah memakai pakaian sopan dan handsock. Tengokdi ruangan komen, rata-rata warganet memuji dan mendoakan supaya Ameera terus istiqamah dengan cara pemakaian yang sopan.
Bukan itu sahaja, ada segelintir warganet turut perasan mengenai perubahan cara ketawa Ameera. Terdahulu, Ameera telah membuat keputusan untuk memadam akaun Instagramnya gara-gara menerima kritikan mengenai isu pemakaian tudung secara on-off dan gaya pemakaiannya. Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih! Sumber, Xtra. PERHATIAN, Pihak kami tidak akan ber tanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak kami juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggung jawab anda. Sementara itu, anda boleh baca juga kisah kisah lain yang menarik dan menghiburkan di bawah ini yang dikongsikan seperti berikut.
Neelofa Tampil Dedah Keadaan Terkini Ameera Khan, Neelofa Akui Adiknya Kini Mahukan privasi. Selebriti dan usahawan popular, Noor Neelofa mengulas mengenai tempoh lama yang dilakukan adiknya yang juga pempengaruh, Ameera Khan yang kini ‘sepi’ di media sosial sejak Julai lalu. Neelofa, 33, bagaimanapun berkata, adiknya berada dalam keadaan baik dan mereka baru sahaja isi masa bersama. “Beberapa hari lalu saya ada melawat ibu bapa dan kemudian ada jumpa Ameera dan bertanya sama ada dia keluar atau tidak. Dia cakap dia keluar je, cuma saya yang tidak tahu sebab dia kini tidak mempunyai akaun Instagram. Katanya lagi “Malah kata Ameera, boleh dikatakan hari-hari dia ada keluar dengan kawan, lakukan aktiviti dan sebagainya. “Cuma untuk saya terangkan secara berlebihan mengenai apa sebab sebenar dia berbuat demikian rasanya tak wajarlah. “Sebagai kakak, saya respek dengan keputusan dia,” katanya kepada MH ketika ditemui di majlis pelancaran Produk Minuman, Drintox Pineapple Juice di Kuala Lumpur, baru-baru ini.
Hos program Next To Neelofa juga menjelaskan, Ameera sebelum ini sudah terdedah dengan media sosial sejak belasan tahun lagi. “Jadi bagi saya mungkin fasa pembesaran dia lain dengan zaman kita. Mungkin situasi itu berbeza tapi saya pun tidaklah seratus peratus pasti itu sebab dia. “Bagi saya, dia gembira dengan cara begitu setakat ini yang mana dia tidak rasa terganggu dengan apa yang pernah dilakukan sebelum ini. Mungkin dia suka dengan privasi sekarang. Rasa sayalah,” katanya lagi. Terdahulu, tindakan Ameera atau turut dikenali sebagai Litte Miss Khan yang bertindak memadam semua gambar dan hantaran yang ada di Instagramnya menjadi persoalan ramai pihak. Dengan memiliki pengikut seramai 1.4 Juta, Ameera tidak tinggalkan sebarang mesej atau pesanan sebelum berbuat demikian. Sumber, media hiburan