Memang tak asing lagi kita dengan sambutan ini. Kecoh di media sosial mengenai sambutan Hallowen yang diraikan di Riyadh Boulevard, Arab Saudi secara besar-besaran. Apa yang mengejutkan warganet adalah negara terbabit dahulunya mengharamkan sambutan berkenaan, namun kini dirayakan dan bertukar kepada arena pesta kostum.
Niat untuk berseronok
Menerusi laporan Arab News, salah seorang peserta yang hadir dikenali sebagai Abdulrahman menyatakan bahawa mereka hanya meraikan secara suka-suka dan tidak lebih daripada itu. Ini perayaan besar dan menyeronokkan. Soal halal haram, saya tak tahu tentang itu. Kami hanya meraikan untuk suka-suka dan tidak lebih daripada itu. Kami tak percaya apa-apa pun.
Dalam pada itu, mereka berpendapat pesta terbabit sebagai salah satu hiburan yang tidak membahayakan diri kerana niatnya hanya untuk berseronok sahaja.
Ustazah Asma’ kecewa
Penceramah bebas, Ustazah Asma’ Harun menerusi hantaran di Facebook meluahkan rasa kekecewaannya serta sedih apabila melihat negara Arab Saudi ‘menerima’ pesta tersebut secara terbuka dan diraikan secara besar-besaran.
Sungguh mengecewakan dan menyedihkan. Akhir-akhir ini kita melihat pesta Halloween seolah menjadi suatu budaya yang sedang dinormalisasikan. Bukan sahaja di luar negara, bahkan di negara kita sendiri. Sudah mula tular di media sosial gambar-gambar anak muda Melayu Islam yang bertudung litup turut menyambut pesta ini. Allahuakbar.
Malah, ia bertentangan dengan nilai-nilai syariah Islam yang sebenar dan bagi memperingati orang-orang yang sudah pergi buat selamanya, Islam menganjurkan amalan berdoa serta membaca al-Quran. Hukum menyambut perayaan Halloween adalah haram. Ini kerana berdasarkan kajian sejarah, didapati bahawa perayaan ini merupakan syiar bagi sebahagian penganut agama Kristian.
Rasulullah SAW juga telah melarang umat Islam untuk menyerupai kaum kafir. Tegasnya, sebagai seorang beragama Islam, kita haruslah menyatakan bantahan dan ketidaksetujuan terhadap apa-apa perayaan yang melibatkan maksiat dan hiburan yang melampau. Bukan sahaja yang berlaku di Arab Saudi, bahkan apa-apa perayaan atau pesta yang dilarang di sisi syarak.
Kami amat sedih dan bimbang saat tularnya berita mengenai pesta ini yang disambut di Arab Saudi yang mana ia merupakan negara Islam dan cukup merisaukan juga saat melihat anak-anak di negara kita turut terlibat sama. Mudah-mudahan juga, Allah SWT memelihara kita dan seluruh zuriat keturunan daripada segala fitnah akhir zaman. Sumber, oh bulan