Ramai yang ingat Azira Shafinaz nikah bila dia muat naik gambar pakai baju pengantin, rupanya ini sebab dia pakai baju macam tu

Siapa tak kenal, vokalist kumpulan De Fam, Azira Shafinaz Ramlan atau lebih dikenali sebagai Azira yang juga merupakan pelakon wanita Malaysia. Itu antara ucapan tahniah yang ditujukan kepada pelakon cantik Azira Shafinaz selepas dia memuat naik foto berpakaian pengantin sehingga membuatkan ramai peminatnya ‘patah hati’. Perkongsian Instagram pelakon itu turut menjadi tanda tanya peminat yang rata-ratanya terkejut jika benar dia telah pun selamat bergelar seorang isteri. Meninjau di laman instagramnya, foto itu merupakan gambar yang diambil semasa dia melakonkan sebuah watak didalam filem ijabkabut.

Apa Kata Anda. Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!! Sumber, ig Azira Shafinaz. PERHATIAN, Pihak kami tidak akan ber tanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak kami juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggung jawab anda. Sementara itu, anda boleh baca juga kisah kisah lain yang menarik dan menghiburkan di bawah ini yang dikongsikan seperti berikut.

Azira Shafinaz Akui Masih Solo, Azira Luah Rasa Selesa Tiada Lagi Gosip Cinta Berkenaan Dirinya. Siapa tak kenal dengan pelakon cantik ini. Azira belum fikir cari teman lelaki. Tiada lagi gosip cinta atau dikaitkan dengan mana-mana lelaki membuatkan pelakon dan penyanyi Azira Shafinaz mampu menarik nafas lega. Menurut Azira atau nama sebenarnya Azira Shafinaz Ramlan, 31, dia bukanlah seorang wanita yang suka dengan kontroversi dan mengakui lebih selesa jika kisah peribadi tidak diperkatakan. “Lega rasanya apabila tiada lagi cerita sebegitu. Mungkin orang mahukan sesuatu, tetapi saya bukanlah seorang yang suka dengan kontroversi.

Azira sebelum ini pernah dikatakan rapat dengan Sharnaaz. Luahnya lagi “Apa yang keluar dari mulut saya itulah yang benar,” katanya kepada mStar. Anggota kumpulan DeFam ini ditemui ketika sidang media pelancaran filem pertama lakonannya sebagai watak utama berjudul Talbis Iblis di Kuala Lumpur, baru-baru ini. Sebelum ini nama Azira dikaitkan mempunyai hubungan istimewa dengan pelakon Sharnaaz Ahmad apabila mereka sering dilihat mengadakan sesi live bersama di laman sosial. Menjawab mengenai gosip itu, Azira memberitahu dia dan aktor berkenaan hanyalah sahabat baik dan ia kekal sehingga hari ini. “Sekarang ini saya single dan happy. “Tiada sebarang hubungan istimewa dengan Sharnaaz sebelum ini dan kami masih berkawan baik seperti biasa,” jelasnya.

Sekarang ini saya single dan happy

Sementara itu bercakap tentang perancangan mencari kekasih hati, Azira berkata itu bukan menjadi keutamaannya buat masa ini, namun berharap semua orang dapat mendoakan agar dia segera bertemu jodoh. “Memang ramai yang sudah mula bertanya soal jodoh, namun fokus saya sekarang lebih kepada kerjaya. Apa boleh buat kalau jodoh belum sampai! “Ada yang cuba mahu dekat tetapi belum ada yang istimewa. Kawan biarlah ramai, bercinta hanya satu. Doakanlah saya bertemu jodoh. Kata Azira lagi “Kalau mencari seseorang biarlah yang boleh terima saya dan keluarga. Paling penting lelaki itu hormat kerja saya kerana tak semua boleh faham kerjaya ini,” ujarnya. Bercakap mengenai filem Talbis Iblis, karya arahan Khabir Bhatia itu akan ditayangkan bermula 20 Oktober depan. Sumber, mstar

Exit mobile version