Nama penyanyi rap sensasi, Caprice tidak perlu diperkenalkan lagi kerana figura ini seringkali prihatin dengan nasib menimpa sesuatu individu atau situasi. Malah, pemilik nama Ariz Ramli menjadi sorotan warganet kerana tidak pernah ketinggalan turun padang sehingga sanggup bersengkang mata bersama tim miliknya bagi merungkaikan sesuatu isu.
Nama ‘cap’ ‘rice’ dijadikan bahan jenaka Mydin?
Terbaharu, muncul pula isu berbangkit di mana salah sebuah pasaraya tersohor, Mydin memuat naik ciapan dikatakan berbaur sindiran terhadap nama penyanyi berusia 34 tahun dengan mempromosikan barangan. Menerusi ciapan tersebut, pihak sosial media pasaraya tersebut hanyalah menulis ‘Mula-mula ingat nak beli tea je, sekali terbeli cap dengan rice‘.
Caprice minta Mydin mohon maaf dalam tempoh 24 jam
Tidak berdiam diri apabila ‘rasa’ namanya dijadikan bahan jenaka, Caprice meminta pihak Mydin bagi membuat permohonan maaf dalam tempoh 24 jam selain meminta mereka untuk memadam ciapan tersebut.
Kalau tak, Caprice nak saman?
Dalam hantaran berikutnya, Caprice mengatakan dia tidak teragak-agak mahu menyaman pihak Mydin sekiranya tiada sebarang permohonan maaf daripada pihak tersebut. Tindakan membuat ciapan di laman Twtter itu jelas membuatkan klien Caprice rasa dih.na dan tidak selamat lagi.
“Disebabkan hantaran Mydin pada 19 Oktober, klien kami rasa dih.na oleh jenama dan pasaraya mereka kerap beli-belah. Pengh.naan awam menyebabkan klien kami rasa tidak selamat dan travma terhadap pembeli, pekerja dan pelanggan dari Mydin. Kami akan mengenakan tindakan undang-undang,”tulis Caprice. Selain itu, Caprice berharap agar pihak Mydin tampil membuat video permohonan maaf dan ganti rugi atas hantaran berbaur sndiran tersebut.
Berikut pula pandangan dari seorang peguam Nor Zabetha
“Memandangkan rata-rata kita dengar sman dan menyaman berkaitan posting. Ambil contoh isu terkini tentang Mydin. Situasi begini sehinggakan kita orang awam ini, jadi tidak boleh komen apa-apa? Adakah begitu? Tetapi masih ada pihak lain mengeluarkan dan menyingkap kisah-kisah yang lalu. Bagaimana pula?
Di Malaysia, Perkara 10 Perlembagaan Persekutuan memperuntukkan kebebasan bersuara. Contoh, kalau kita tidak setuju isu silibus tinggi, beg berat dll. Adakah kita sebagai ibu bapa tidak boleh bersuara atau membuat aduan? Bersuara itu boleh tetapi jangan melampau. Melampau misalnya, melukis gambar Menteri dan menukarkan menjadi imej haiwan kerana marah, mengh.na dan mencaci m.ki kerajaan dengan kata-kata kesat.
Kebebasan bersuara kita dapat lihat, dalam medan penulisan politik. Contohnya hentam sana sini, bongkar itu ini oleh kedua-dua pihak. Kadangkala kita baca, keras penulisannya dan ditambah lagi dengan ‘fake account’. Kalau dikira tulisan begini berjuta setiap tahun di media sosial sama ada dari pemilik akaun atau dari komen awam. Tetapi selagi mana tidak melampaui undang-undang, contohnya tidak mendvh ahli politik tanpa bukti, tidak mengh.na kedaulatan raja-raja, tidak menghasvt benci agama lain atau bangsa lain, maka bukanlah merupakan kesalahan undang-undang.
Kes-kes sman-menyman antara ahli politik memang banyak di mahkamah tetapi setiap kes ini, yang meritnya sangat kuat dan ada asasnya. Apabila penuntut memang tahu bahawa kesnya benar-benar kukuh dan si penulis tiada bukti menyokong kenyataannya. Tulisan-tulisan warganet atau lawak-lawak troll dalam kalangan warganet memang banyak tetapi fokus dalam kalangan ahli politik, VVIP ini adalah kepada kes yang lebih bermerit.
Kadangkala saya terlihat, isu bola sepak antara TMJ dan MB Kedah. Mungkin ada beranggapan keras. Ada beranggapan berani ya tulis begini? Tetapi tidak, peminat bola sepak tahu, itu bkar-membkar namanya. Gurauan kasar tentang bola sepak. Tidaklah sman-menyman dan tiada juga dkwaan titah murka. Begitu juga isu kartunis Fahmi Redza dan Putera Mohkata Pahang, yang suka karya satira pelukis itu tentangnya. Tiada juga isu sman-menyman atau laporan polis.
Hendak buktikan sman ftnah di mahkamah juga bukan mudah. Ada elemen-elemennya. Adakah tulisan merujuk kepada Plaintif? Adakah tulisan itu ftnah atau menjatuhkan reputasi? Adakah disampaikan kepada pihak ketiga? Cukup elemen, maka boleh sman. Tidak cukup elemen maka ditolak. Ambil situasi kes Dr Maza. Pada tahun 2021, Dr Maza iaitu Mufti Perlis berjaya tindakan sman terhadap aktivis T. Arunakirinathan dengan ganti rugi sebanyak RM150,000.
Di atas, kes Dr Maza menyman individu dan satu kes lagi, kali ini Dr Maza pula disman oleh oleh Presiden Pertubuhan Ahli Sunnah Wal Jamaah Malaysia (ASWAJA), Zamihan Mat Zin. Pada September 2022, Mahkamah menolak tntutan sman yang difailkan oleh Zamihan. Kalau kita tengok kes diatas, kejap boleh sman dan dapat tuntutan. Kejap tidak boleh. Kenapa? Semuanya tertakluk kepada fakta dan elemen undang-undang. Ingat, kebebasan bersuara dan atas dasar kebebasan ini, saya boleh menulis. Kalian boleh menulis tentang pelbagai isu ustaz didkwa gangguan sksval, perbicaraan ahli politik, isu semasa dll. Ingat juga penulisan-penulisan kita jangan sehingga melampau batas dan melangkaui undang-undang. Sumber, Awattsyeikh.com