Rizky Billar tidak mahu berpisah kerana sayangkan anak. Meskipun sudah tidak lagi tinggal sebumbung, pelakon Rizky Billar enggan berpisah dengan isterinya iaitu Lesti Kejora. Memetik laporan Detik Hot, peguam yang mewakili Rikzy menyatakan bahawa pelakon berkenaan masih mencintai isterinya ketika ini. Menurut Ade Erfil, anak guamnya itu tidak pernah terfikir untuk berpisah walaupun pelbagai kontroversi sedang melanda rumah tangga mereka. “Rizky tidak mahu berpisah isterinya kerana mereka ada anak dan dia sangat mencintai isterinya,” katanya.
Tambahnya, kekerasan yang dilakukan Rizky terhadap Lesti masih belum terbukti dan pertengkaran itu menjadi satu kebiasaan dalam rumah tangga. “Mana buktinya? Perkara itu perlu dibuktikan untuk benar agar orang ramai tidak salah sangka. Dalam rumah tangga berg.duh itu perkara biasa dan akan berulang kali,” jelasnya. Sebelum ini, tular video di media sosial yang memaparkan Rizky membaling bola snuker ke arah isterinya dipercayai dalam keadaan marah. Malah Rizky juga dikatakan telah melfzkan tlk kepada Lesti ketika pertengkaran tersebut. Sumber, Mstar Online
Lesti Kejora Tunaikan Umrah Dengan Keluarga, Sekali Rizky Billar Luah Rasa Kecewa Sebab Isteri Minta Izin Dalam Whatsapp Je
Kisah rumah tangga pasangan selebriti Indonesia, Rizky Billar dan Lesti Kejora masih menjadi bualan media Indonesia sehingga kini. Bukan setakat sahaja mendapat perhatian sana, bahkan di sini juga kerana tindakan yang dilakukan oleh Rizky terhadap Lesti mendatangkan kemarahan ramai terutama para wanita. Terbaharu, penyanyi dangdut wanita berusia 22 tahun itu dilaporkan telah berangkat menunaikan ibadah umrah bersama ahli keluarganya. Bagaimanapun, tindakan yang dilakukan oleh Lesti memohon keizinan daripada suaminya, Rizky menimbulkan rasa kurang senang. Menurut CNN Indonesia, peguam kepada Rizky Billar iatu Ade Eril berkata, Lesti pernah meminta keizinan suaminya untuk menunaikan umrah. Namun, hanya melalui kiriman mesej dalam WhatsApp.
Dalam pada itu, Ade mengatakan seorang isteri yang baik akan meminta keizinan secara bersemuka dengan suaminya, bukannya hanya melalui kiriman mesej ringkas. “Ya, seharusnya seorang isteri yang baik itu datang ke rumah suaminya untuk mengucapkan selamat tinggal dan memberi kebenaran atau tidak menunaikan umrah. “Bukan hanya di WhatsApp sahaja. Adakah ini isteri yang baik?” soalnya. Ade turut memberitahu Lesti masih isteri yang sah kepada Rizky walaupun dia membuat laporan mengenai kes keganasan rumah tangga. Terdahulu, dilaporkan kisah rumah tangga pasangan romantis dalam media sosial ini menjadi bualan selepas Rizky dipercayai mendera isterinya termasuk membaling bola snuker hampir ‘kena’ kepala Lesti.
Malah, turut tular imej Lesti terbaring atas katil dengan memakai pendakap leher juga menguatkan dakwaan berlaku keganasan rumah tangga. Bagaimanapun, dakwaan bertindak agresif dengan mengasari isterinya, termasuk menckknya sehingga terjatuh ke lantai dinafikan bagi pihak Rizky di mana setiap yang dilaporkan oleh media adalah tidak seperti kejadian sebenar berlaku. Pelakon berusia 27 tahun itu dikatakan pasangan muda yang mendirikan rumah tangga pada 19 Ogos 2021 dikurniakan seorang cahaya mata lelaki, Muhammad Leslar Al-Fatih Billar. Sumber, CNN Indonesia.