Dina tak dapat datang masa Gegar Vaganza, sekali pihak astro tampil dedah pasal isu penjurian

Ketua Saluran Astro Ria, Warna & Prima, Norzeha Mohd Salleh berkata persembahan yang dinyanyikan secara trio oleh Jac, Shila Amzah dan Tom di Gegar Vaganza musim kesembilan (GV9) adalah sebagai tanda semangat setia kawan bintang bertanding. Tambah Norzeha, pada awal pihaknya merancang untuk tidak meneruskan giliran persembahan Dina menerusi lagu Januari yang dipopularkan oleh mendiang Glenn Fredly itu, malam tadi. “Seperti yang kita semua maklum, Dina tidak dapat bersama kita dan dia sedang berada di kediaman keluarga di Johor ketika ini. “Persembahan dari Jac, Shila dan Tom menerusi lagu Januari yang sepatutnya dipersembahkan Dina dilakukan atas semangat setia kawan mereka. “Kita tidak jangka apa yang berlaku meskipun Dina sempat bersama pada sesi latihan pada Sabtu.

“Sepatutnya item persembahan Dina dikeluarkan dari senarai giliran persembahan. Tapi disebabkan semangat setia kawan, mereka tetap mahu teruskan,” katanya kepada MH. Ditanya mengenai pendirian penganjur terhadap proses penjurian sekiranya membabitkan hal sedemikian, Norzeha menjelaskan format penjurian setiap program pertandingan itu berbeza-beza. “Lain program, berbeza dari segi penjurian (scoring) oleh barisan juri mereka. Untuk GV, setiap persembahan dinilai pada hari kejadian, tiada elemen markah terkumpul atau dibawa ke depan. “Malah dalam 10 minggu GV juga, memang akan ada tiga atau empat minggu yang tiada penyingkiran. Kebetulan pada konsert keenam memang tiada penyingkiran,” katanya lagi.

Norzeha bagaimanapun tidak menolak kemungkinan akan ada lebih daripada seorang peserta yang bakal diumumkan tersingkir menjelang konsert kemuncak bulan hadapan. Terdahulu, media melaporkan bapa penyanyi lagu Malu Tapi Mahu itu menghembuskan nafas terakhir kira-kira pukul 8.10 pagi Ahad. Dia pergi menghadap illahi akibat masalah paru-paru di sebuah pusat perubatan di Johor Bahru dan perkara itu disahkan oleh pengurus Dina dikenali sebagai Mickey. Mickey memberitahu, Dina bersama ahli keluarga lain berada di sisi dia ketika menghembuskan nafas terakhir. Beliau diuruskan di Tanah Taman Impian Emas, Johor Bahru sebelum Asar, hari ini. Berikutan itu, Dina yang juga salah seorang peserta program Gegar Vaganza musim kesembilan tidak akan membuat persembahan pada konsert malam ini. “Dina tidak akan membuat persembahan, malam ini. Dia sempat melakukan ‘sound check’ pada Sabtu sebelum dimaklumkan keadaan bapa semakin teruk. Dina bergegas pulang ke Johor sejurus menerima berita berkenaan” katanya. Kredit,mh

Exit mobile version