Dari doa seorang bapa, kini Oktovia Manrose telah berubah ke arah yang lebih positif dan ini yang dia kongsikan

Tidak asing lagi, pelakon drama Cinta Si Wedding Planner, Wan Syamira Putri Oktovia Wan Syahman atau lebih dikenali sebagai Oktovia Manrose yang juga merupakan anak kepada pasangan penyanyi dangdut terkenal iaitu Iwan dan pelakon Allahyarhamah Rosnah Mohd Noor. Oktovia kongsi gambar bersama ayahnya di laman sosial instagram miliknya @oktoviamanrose. Dalam perkongsian tersebut, dia telah menceritakan asbab sebenar yang merubah dirinya ke arah yang lebih baik.

“Berkat Doa Seorang Bapa”

Oktovia tampil dedahkan satu perkongsian mengenai rahsia disebalik penghijrahannya. Menurutnya, hidayah yang dikurniakan kepadanya itu merupakan hasil dan berkat doa dari ayahnya yang tak putus-putus mendoakannya untuk berubah ke arah jalan Allah. Berkat doa dan istiqomah seorang bapa . Mujahadah sendirian untuk menebus kekhilafan dulu. Usahanya sangat terasa. MasyaAllah dia menjadi asbab saya mendapat hidayah dan berubah. Dia juga akui, tiada nikmat yang paling indah didunia ini selain dari merasai nikmat iman dan islam yang dirasai sekarang. Katanya: Tiada apa yang lebih beruntung dari nikmat iman dan islam yang Allah beri sekarang. Allah bagi rasa. Allah bagi faham.

“Allah Terima Ke Aku?”

Oktovia akui dia pernah bertanya kepada dirinya sendiri bahawa sempatkah dia untuk berubah dan adakah Allah akan menerima taubatnya. Dia juga sempat berpesan untuk sentiasa bersangka baik dengan Allah  dan percaya bahawa Allah itu akan memperkenankan doa setiap hambanya. Dulu pernah bertanya pada diri sempatkah aku? Allah terima ke aku? Sentiasa la bersangka baik dengan Allah. Dan percaya bahawa Allah akan terima setiap doa umatNya yang benar-benar ikhlas.- katanya

Dia juga mengucapkan rasa syukur atas asbab ayahnya yang tak kenal erti penat dalam mendoakannya. Dia mendoakan ayahnya supaya sentiasa berada dibawah kerahmatanNya. MasyaAllah. Bersyukur. Semuanya asbab usaha niat ikhlas dan doa seorang bapa yang soleh. Alhamdulillah. Semoga Allah sentiasa merahmatimu. wahai Ayahanda Iwan Syahman. Sumber, Murai.my

Exit mobile version