Umum ramai ketahui individu ini. Pada Selasa lalu, pakar bedah asal Malaysia, Dr Amalina Che Bakri mengumumkan kelahiran anak perempuannya, Arabella Mia. Menerusi kemas kini di Instagram, Dr Amalina melahirkan rasa gembira dan memberitahu bahawa Arabella dilahirkan pada minggu lepas di Hospital St Thomas, London. Ramai yang tidak putus-putus mengucapkan tahniah kepada Dr Amalina dan suami atas kelahiran bayi sulung mereka termasuk usahawan Vivy Yusof, Ratu Skuash Negara, Datuk Nicole David dan selebriti Catriona Ross.
Terbaharu, gambar Arabella sekali lagi dihujani dengan respons positif warganet selepas Dr Amalina memuat naik gambar puterinya ketika mereka keluar bersiar-siar di kota London. “Bella all cosy in her pram wrapped up in blankets and her cute bear hat. At four days old, she had her first walk with mummy and daddy,” tulis Dr Amalina.
Terdahulu, wanita berasal dari Kota Bharu, Kelantan itu menjadi bualan hangat warga warganet apabila memilih status kewarganegaraan British untuk anak pertamanya. Dr Amalina mendirikan rumah tangga bersama jejaka Inggeris, Alexander Charles dalam satu majlis ringkas yang berlangsung di Masjid Central London pada 31 Mac, tahun lalu. Sumber, gempak
Ramai Tampil Pertikaikan Kerakyatan Yang Dipilih Oleh Dr Amalina Buat Anaknya, Sekali Ini Kata Kata Dr Amalina. Pakar bd.h kelahiran Malaysia, Dr Nur Amalina Che Bakri menjadi bualan hangat warganet apabila memilih status kewarganegaraan British untuk anak pertamanya. Namun, kenyataan dimuat naik menerusi hantaran di Instagram Stories disalahertikan sehingga menerima kritikan segelintir warganet. Susulan menyedari kenyataannya dipandang serong, Dr Amalina tampil membuat penjelasan dalam IG, baru-baru ini. Sekadar info, Nur Amalina Che Bakri merupakan anak tunggal kepada pasangan Sabariah Hassan, seorang pengetua sekolah menengah dan bapanya Che Bakri, seorang jurutera, Timbalan Pengarah di DBKL. Beliau terkenal apabila mendapat keputusan yang cemerlang dalam peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia pada 2004 dengan memperoleh 17A1.
Tampil Jawab Pilih Kerakyatan
Dr Amalina berkata, dia bukan tidak menyukai anaknya mendapat kerakyatan Malaysia, sebaliknya ada beberapa kekangan menghalangnya untuk bersalin di Malaysia. “Anda mungkin sedia maklum, sekiranya wanita Malaysia berkahwin dengan lelaki bukan warga negara dan bersalin di luar negara, anak tidak dibenarkan untuk diberikan kewarganegaraan Malaysia secara automatik. Ada portal media hiburan mensensasikan cerita mengenai warganegara anak saya dan menulis artikel tanpa kebenaran saya.
“Sudah tentu, saya ingin anak menjadi rakyat Malaysia, tetapi suami adalah warga British. Kami bekerja dan menetap di United Kingdom UK,” tulisnya dalam IG. Namun, katanya, dia tidak dapat pulang ke Malaysia untuk bersalin disebabkan komitmen kerja. “Saya kini sedang sarat hamil dan masih bekerja. Mengambil penerbangan jarak jauh dan cuti kerja bukanlah pilihan terbaik untuk bayi. Ini juga keputusan terbaik untuk kami sekeluarga,” ujarnya.
Pada masa sama, pakar bd.h yang bertugas di hospital terkemuka di London itu turut menegur segelintir warganet yang menghna dan melemparkan ft.nah kepadanya. Kepada mereka yang suka menghna dan melemparkan ftnh, saya berada di sini bukan membuat perkara tidak berfaedah. Saya bekerja, menyambung kepakaran dan membuat ijazah doktor falsafah PhD supaya menjadi pakar terbaik dalam bidang perubatan. “PhD saya ditaja oleh geran NIHR UK dan saya memenangi fellowship daripada ImperialCollege London atas usaha saya,” ujarnya.
Kongsinya, latihan pakar dijalani juga dibayar oleh duit cukai rakyat UK selepas bersaing dengan beribu rakyat UK dan graduan antarabangsa untuk mendapat tempat dalam program ini. “Saya berusaha bersungguh-sungguh supaya dapat membantu ramai orang dengan kepakaran yang saya ada, insya-Allah. Salahkah saya mahu menuntut ilmu?,” persoalnya. Wanita berasal dari Kota Bharu, Kelantan itu berkata, dia sedar ada wanita Malaysia berkahwin dengan warga asing yang masih memperjuangkan hak anak untuk mendapat kerakyatan Malaysia.
“Saya berharap mereka akan menemui jalan penyelesaian. Cukuplah dengan kata ksat dan suka menghkvm orang lain. Marilah kita berkata perkara baik dan mendoakan kesejahteraan orang lain. Sesungguhnya, Allah Maha Mengetahui,” katanya. Tambahnya, anaknya tetap berd.rh kacukan Melayu walaupun menetap di UK dan berbangsa Inggeris. “Percampuran dua budaya akan memberikan kehidupan berwarna-warni. Saya akan membesarkan anak untuk memahami nilai Malaysia, agama Islam dan mempelajari bahasa Melayu. Pada penghujungnya, tidak kira di mana kami tinggal atau p.asport apa yang dipegang, yang penting mereka adalah insan mempunyai nilai moral baik yang boleh menyumbang kepada kemanusiaan,” katanya. Dr Amalina mendirikan rumah tangga bersama jejaka Inggeris, Alexander Charles dalam satu majlis ringkas yang berlangsung di Masjid Central London pada 31 Mac, tahun lalu. Sumber, Online Malaya