Pelakon Elfira Loy dipuji warganet kelihatan tenang dan cantik ketika melahirkan anak keduanya pada 20 Mei lalu. Pujian itu diberikan selepas Elfira menerusi akaun TikTok miliknya memuat naik video saat melahirkan puterinya Nur Aria Mikayla.
Video yang dikongsi oleh Elfira sendiri itu memperlihatkan momen dia melahirkan Aria Mikayla selepas ramai yang meminta tips bersalin. Rata-rata memuji Elfira kerana masih boleh kekal tenang malah boleh tersenyum semasa melahirkan anak. Malah ada yang cemburu melihat Elfira tetap nampak cantik.
@Queennelvina88: Masya Allah cantek dan tenang aje wajah elfira ni smpat senyum lagi..slm syg dri brunei. @norshafikah: wehh tenang g.1la . aku mcm nk tercabut besi katil. @ayinnnnn: comel ja ,masih boleh senyum
Sementara Elfira dalam kapsyennya berkongsi kelebihan pengambilan epidural sewaktu bersalin. “El ingin share jugak untuk pregnancy kedua ni, El ada ambik epidural sebab kita induced the baby. Sebab mengikut pengalaman sebelum, contraction ada tapi bukaan lambat dan El dah tahan sakit berhari-hari tapi masih 2cm,” kongsinya. Elfira juga sempat menjelaskan mengapa dia kelihatan tersenyum sewaktu bersalin itu.
“Dalam klip ni, korang ada nampak El senyum. Senyum sebab midwife dah pesan “Kalau muka buruk salahlah teran tu ” HAHAHA. Punyalah takut rupanya tersenyum saya. Masa tu tak perasan pun senyum. cuma control je. Kahkahkah,” tulisnya. Elfira mendirikan rumah tangga dengan Faris Khairol Anuar pada 1 Januari 2019. Hasil perkahwinan tersebut, mereka dikurniakan dua anak , Muhamad Rayyan Khalaf, 3, dan Nur Aria Mikayla. Sumber, Gempak
Elfira Loy kongsi foto anaknya bersama anak Mira Filzah, Sekali ini pula komen lucu warganet
Siapa tak kenal dengan dua pelakon comel jelita ini. Baru-baru ini pelakon Mira Filzah telah mengadakan majlis aqiqah buat putera sulungnya, Wan Khair Amir. Pada majlis tersebut, Mira dan suami, Wan Emir Astar akhirnya mendedahkan wajah putera mereka kepada umum selepas lima bulan dilahirkan. Sementara itu, dilihat juga beberapa rakan selebriti turut diundang ke majlis berkenaan termasuklah pelakon Elfira Loy bersama suami, Muhamad Faris Khairol Anuar dan sepasang anak mereka, Muhamad Rayyan Khala dan Nur Aria Mikayla.
Elfira menerusi hantaran di Instagram turut merakamkan beberapa foto pada majlis berkenaan bersama keluarganya dan keluarga Mira buat tontonan umum. Bagaimanapun, mencuri tumpuan apabila ada segelintir wargamaya ‘mengusik’ Elfira di ruangan balas dengan menyatakan dia ingin melihat kedua-dua pelakon itu ‘berbesan’. Usikan tersebut meminta Elfira menjodohkan puterinya dengan putera Mira Filzah. “Boleh berbesan ni, comel sangat dua-dua,” gurau seorang wargamaya. “Ok dah boleh tengok masa depan mereka, kira jadi lah kan Elfira,” usik seorang lagi warganet.
Untuk info, Elfira dan Faris Anuar selamat bernikah pada Januari 2019. Pasangan bahagia ini telah dikurniakan sepasang cahaya mata bernama Muhamad Rayyan Khalaf yang lahir pada Oktober 2019, dan Nur Aria Mikayla yang lahir pada Mei 2022. Manakala pasangan Mira dan Wan Emir melangsungkan pernikahan pada September 2020 dan selamat melahirkan Wan Khair Amir juga pada Mei 2022. Sumber, gempak