Fadzil Teh tampil ulas isu paras rupa yang dipilih Datuk A Aida, Fadzil akui hakikatnya dunia mahu lihat paras rupa yang elok

Umum memang semua kenali dengan individu ini. Berikutan isu rupa paras lebih penting daripada bakat yang diusulkan penerbit Datuk A. Aida beberapa minggu lalu masih mendapat reaksi pelbagai pihak. Tidak menafikan perkara tersebut, pemilik Zeel Production, Fadzil Teh atau lebih mesra disapa Haji Zeel mengakui itu menjadi salah satu faktor dalam aspek pemilihan pelakon.

Katanya lagi “Saya tidak kata setuju dengan A. Aida tapi itu hakikatnya. Satu dunia mahu tengok yang rupa paras elok, orang yang cantik. “Dari sudut lakonan kalau mereka ada usaha boleh digilap, tapi wajah tidak boleh,” ujarnya. Sebelum ini, kenyataan A. Aida yang mementingkan rupa paras untuk membintangi drama terbitannya menimbulkan rasa kurang senang ramai penggiat seni.

Malah, pelakon berbakat Amerul Affendi juga tidak bersetuju dengan kenyataan itu dan berpendapat Institut Pengajian Tinggi (IPT) yang menawarkan kursus lakonan perlu ditutup. Dalam pada itu, Fadzil menambah, pemilihan pelakon dibuat berdasarkan persetujuan antara produksi dengan pihak stesen televisyen.

Katanya lagi, dia juga akan mengambil pelakon yang berpenampilan menarik sesuai dengan skrip yang dihasilkan untuk sesebuah karya terbitannya. “Saya selalu ambil pelakon mengikut skrip. Selalunya dalam skrip memang menggambarkan pelakon yang kacak dan cantik. “Setakat ini saya jarang dapat proposal yang mahu watak hero yang tak elok.

Semua watak mahu yang rupa paras kacak dan cantik. “Pada akhirnya stesen televisyen juga yang akan buat pilihan, kita hanya beri cadangan,” ujarnya. Fadzil berkata demikian ketika ditemui pada sidang akhbar drama Jesnita, di TGV Sunway Velocity,  semalam.

Drama Jesnita yang diterbitkan oleh Zeel Production dibintangi oleh Intan Najuwa, Nasha Aziz, Yusuf Bahrin, Fikry Ibrahim dan Malek MacCrone. Drama 40 episod tersebut akan ditayangkan setiap Isnin hingga Jumaat bermula 7 November ini di Astro Prima. Sumber, KOSMO! ONLINE

Exit mobile version