Fara Salleh menangis sebab kucing hilang, tapi bila disiasat ini pula yang dapat sampai buat dia kecewa

Perkongsian wanita yang pernah dikaitkan dengan pelawak Shuk Sahar iaitu Fara Salleh yang memuat naik video memaparkan dirinya sedang menangis mendapat perhatian ramai. Fara memaklumkan kucing kesayangan berbaka Mainconne hilang sejak dua hari lalu di sekitar Segamat, Johor dan merayu agar ia dipulangkan kepadanya.

“Sesiapa yang duduk di kawasan Lubuk Batu Segamat, kalau ternampak atau pun terambil kucing saya, sila pulangkan semula. Sudah dua hari dia tidak balik,” katanya dalam linangan air mata.

Rakaman berkenaan dimuat naik Fara menerusi Instagram miliknya pada Jumaat. Dalam pada itu, Fara sedia memberi ganjaran berbentuk wang tunai kepada individu yang berjaya menemui kucing kesayangannya itu.

Kata Fara, dia tidak pernah rasa kehilangan seperti ini sehingga jatuh sakit selama dua hari akibat merindukan kucingnya. “Saya merayu untuk orang baik jujur pulangkan kucing saya. Kalau anda minta bayaran Insya Allah saya akan usahakan bayaran untuk yang memiliki kucing saya.

Fara Salleh merayu kucing dipulangkan semula.

“Saya cuma nak dia balik je. Saya tak pernah sesakit ini, dah dua hari saya sakit terbaring keadaan saya teruk. Pulangkanlah saya merayu sangat,” katanya lagi. Sehubungan dengan perkongsian itu, rata-rata warganet bersimpati kepadanya selain memberikan beberapa tip agar kucingnya segera ditemui semula. “Macam mana boleh hilang? Fara lepas dekat luar ke?

Kucing Farah Salleh dijual di Facebook?

“Saya pun pernah hilang kucing siap buat solat hajat. Saya faham rasa sedih itu,” antara komen warganet. Bagaimanapun, terdapat dkwaan mendkwa kucing tersebut telah diambil dan dijual di laman Facebook. Bila warganet buat siasatan akhir pemilik akaun Facebook itu mengaku menjual kucing Farah. Rupanya yang jual kucing tersebut adalah abang kepada Fara Salleh sendiri.

Tindakan sman akan diambil kepada yang ftnah tentang kucing Fara

Terdahulu, nama Fara Salleh pernah menjadi bualan hangat warganet apabila dikatakan menjadi orang ketika dalam rumah tangga Shuk dan isterinya Rossa Sera sekitar dua tahun lalu. Sumber, Mstar Online

Exit mobile version