Dah penat nak jaga Kak Lina dalam GV, sekali Nabil seru pengacara ni untuk ganti buat ramai yang terhibur

Penampilan Elly Mazlein selaku pengacara baharu program Gegar Vaganza musim kesembilan bersama Nabil Ahmad terus jadi perhatian ramai dan bualan hangat saban minggu sehingga trending di media sosial. Aksi dan gelagat spontan Elly atau nama sebenarnya Sharifah Aida Mazlina Syed Hanafi, 42, di pentas berjaya memeriahkan program tersebut setelah ketiadaan pengacara asal, Jihan Muse yang kini sedang cuti berpantang selepas melahirkan anak kedua. Alhamdulillah rezeki anak-anak. Saya sebenarnya tidak sangka penampilan sebagai pengacara GV9 diterima baik penonton. Bagi saya semua ini berlaku atas sokongan para peminat yang sentiasa memberi semangat. Pengacara konsert Gegar Vaganza Nabil Ahmad secara berseloroh bertanya bilakah Jihan Musa akan kembali mengemudi rancangan itu.

Difahamkan Nabil berseloroh demikian apabila rakannya, Elly Mazlien atau Kak Lina kelihatan terlalu hyperaktif setiap kali mengacarakan konsert yang memasuki minggu ke 6 itu. “Jihan, kau lambat lagi ke nak habis pantang? Makan lah ikan haruan banyak-banyak. Aku dah tak lalu dengan Kak Lina ni,” ujarnya malam tadi. Sebelumnya, Kak Lina seperti biasa menunjukkan perangai aktif di atas pentas setiap kali mengacarakan konsert kegemaran ramai itu. Rata- rata pengguna media sosial turut bersetuju malah ada yang inginkan gabungan Nabil-Lina terus dikekalkan untuk musim akan datang. “Kadang tengok Kak Lina terlalu aktif ni menyampah juga, tapi secara jujurkan aku tengok rancangan ni sebab dia,” tulis paksuirfan. “Akao terus eh kau Nabil, depan-depan dia bagi. Tapi bagi aku GV kali ni menarik sebab Kak Lina ada,” jelas eg9muor.

“Lucu dengan telatah pasangan ni, lagi elok gabung je Kak Lina, Nabil dan Jihan lepas ni. Tengok apa berlaku,” kata zabil. Kredit, Kosmo/IG. PERHATIAN, Pihak admin tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak admin juga tidak mampu untuk memantau semua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Exit mobile version