USAHAWAN kosmetik Datuk Seri Vida berharap anak sulungnya iaitu Cik B cepat-cepat memiliki teman lelaki atau kekasih. Kata Vida atau Hasmiza Othman, 51, dia sudah tidak sabar untuk menimang cucu dan tidak kisah jika Cik B berkahwin sejurus menamatkan zaman persekolahan. “Saya tahu Cik B pandai jaga diri dan dia memang tak nak ada teman lelaki. “Tapi saya kata Cik B kena cari teman lelaki sebab saya tak nak bila dia dah tua baru nak cari teman lelaki, tak boleh! “Sekarang ni umur 20 pun orang dah nikah, saya pun nak kena cepat-cepat dapat cucu,” katanya kepada mStar.
Dalam perkembangan lain, Vida menjadi cameo duet bersama penyanyi Alyph dalam single terbaharu berjudul Swipe. Untuk lagu terbaharu, Vida berkata dia tidak menggunakan sebarang teknik marketing seperti yang pernah dilakukan sebelum ini. “Tidak ada viral atau gimik yang akan membuatkan warganet kritik untuk lagu ini. “Sejujurnya saya akui susah nak naik kalau mereka di luar sana tak kongsi lagu ni… sebab kalau benda negatif orang tengok sekejap saja,” ujarnya. Sumber, MSTAR ONLINE
PERHATIAN, Pihak kami tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak kami juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda.