Pelakon Ezzaty Abdullah dimasukkan ke sebuah pusat perubatan di Kota Damansara, Selangor pada Isnin bagi menjalani pemeriksaan dan rawatan susulan selepas mengalami batuk sejak tiga bulan lalu. Berkongsi perkara tersebut, suami kepada Ezzaty iaitu Azwan Kombos memaklumkan doktor telah menjalankan pemeriksaan ujian imbasan tomografi berkomputer CTScan pada bahagian p.aru-p.aru dan masih menunggu jawapan pakar bagi mengetahui punca sebenar masalah tersebut. Sekadar info, Ezzaty mula bergiat aktif dalam bidang lakonan sejak 2012 dan telah membintangi beberapa telefilem dan drama Melayu, antaranya ialah, Asmara Beijing, Delina, Tanah Kbvr dan Stella.
Selain itu, Ezzaty muncul dalam filem Kau Takdirku yang ditayangkan pada 7 September 2017. Filem ini juga membariskan aktor hebat seperti Remy Ishak, Bront Palarae, Kartina Aziz dan Aisya Hasnaa, filem arahan Jason Chong itu menampilkan kisah cinta tiga segi yang menyayat hati. Filem ini dikatakan mengambil masa empat tahun sebelum ditayangkan pada tahun 2017.
Tunggu Jawapan
“Sebelum ini pernah lakukan pemeriksaan Xray dan diberitahu ada masalah di bahagian pru-p.aru. Hari ini Selasa doktor telah lakukan ujian CT scan untuk mendapatkan maklumat lebih lanjut. Keputusan akan dimaklumkan seawal esok. Sebenarnya sudah hampir tiga bulan dia mengalami btuk tanpa henti. Tiada sebarang masalah lain seperti demam atau sebagainya namun disebabkan komitmen kerja barulah sekarang dapat berjumpa pakar. Memang kasihan melihat dia mehanan sakit sehingga menggangu aktiviti harian,” katanya ketika dihubungi.
Terdahulu, Ezzaty berkongsi foto dia berada di hospital berkenaan menerusi hantaran di Instastory miliknya. Sementara itu, Azwan memaklumkan isterinya itu pernah mengalami masalah sama ketika masih kecil dahulu, malah lebih teruk apabila setahun mengalami batuk. Dia pernah beritahu mengalami masalah sama ketika kecil dahulu. Tak sangka pula pada usia sekarang ini ia terjadi lagi. Kami ingatkan hanya batuk biasa.
Saya ada menenami dia ketika melakukan ujian CT scan. Keadaannya memang agak lemah. Pihak hospital juga mendapati terdapat lendir pada bahagian p.aru-p.aru dan telah dikeluarkan. “Buat masa sekarang, dia diberikan rawatan antibiotik. Untuk rawatan selanjutnya bergantung kepada keputusan CT scan yang akan dikeluarkan nanti,” ujarnya. Kredit, Mstar/IG. Sumber, Online Malaya