Usahawan, Aisyah Hijanah berkongsi nama serta wajah cahaya mata keduanya yang baru dilahirkan pada bulan September lepas. Menurutnya, dia tidak malu meletakkan nama anak dengan nama zaman dahulu kerana dia lebih mementingkan maksud nama tersebut dan juga nama-nama yang diambil dari nama tokoh yang terkenal pada zaman kenabian dahulu. “Anak tak malu ke letak nama lama-lama?” “Ada yang tanya Aisyah tentang nama Hassan. Actually satu amanah untuk ibu bapa ni bagi nama yang baik untuk anak-anak sebab kita akan dibangkitkan dengan nama kita” “Ramai parents cari nama yang moden tetapi tak ada maksud. Kesian pada anak, sebab panggilan nama ni adalah doa untuk kita”
“Personally, Aisyah memang strict pasal anak-anak. Nama mestilah yang ada maksud & ada role model yang baik. Kita nak anak membesar dengan akhlak yang baik, mana nama yang kita beri mestilah yang baik-baik juga” “Jangan di kejar nama unik, moden tapi tak ada maksud. Carilah nama yang baik, yang ada Tokoh yamg baik, supaya Nanti bila anak kita membesar pun akhlaknya baik juga, In Shaa Allah” Ibu kepada dua cahaya mata ini turut berkongsi maksud di sebalik pemilihan nama buat putera keduanya itu. ‘Mohd Hassan Syarif bin Mohd Hazalif’ – Mohd adalah sempena nama Nabi Muhammad saw. Hassan pula sempena nama pahlawan Islam Turki yang teguh memegang panji Islam walau dipanah banyak kali & jsdnya kekal di atas tembok Konstantinopel (Hassan Ulubate). Dan juga, Hassan Ali diambil dari nama cucu sulung Nabi saw yang dalam riwayat, wajahnya paling mirip dengan Nabi saw. Syarif pula, bermaksud mulia yang Kami mengharapkan Putera kami Ini diberikan kehidupan & pemergian yang dimuliakan dari Allah, dijauhkan dari kejahatan manusia, jin & syaitan”
Aisyah mendirikan rumah tangga bersama Alif Teega pada 2017 dan dikurniakan sepasang cahaya mata, Khadijah Hijanah 1 tahun 9 bulan dan Mohd Hassan Syarif yang baru berusia 1 bulan. Apa Kata Anda. Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!! Sumber, keluarga. PERHATIAN, Pihak kami tidak akan ber tanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak kami juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggung jawab anda. Sementara itu, anda boleh baca juga kisah kisah lain yang menarik dan menghiburkan di bawah ini yang dikongsikan seperti berikut.