Baru ni kita dikejutkan dengan pemergian pelakon veteran, Hisham Ahmad Tajuddin yang pergi menghadap illahi akibat jangkitan kuman pada paru-paru. Jnzh Hisham telah selamat diuruskan pagi tadi di Tanah Seksyen 21, Shah Alam dengan pelakon filem Syurga Cinta itu turut dihadiri beberapa orang rakan artis. Lan Zailan terkilan tiada sebarang tawaran diberikan kepada beliau. Dalam pada itu, rakan artis, Lan Zailan yang turut hadir ke majlis urusan Hisham meluahkan rasa terkilannya terhadap pemergian pelakon veteran itu. Menurut Lan, dia berpendapat tiada gunanya untuk menghargai seseorang itu apabila mereka sudah pergi buat selamanya sedangkan tiada satu pun tawaran diberikan kepada Hisham sepanjang dirinya masih sihat dan kuat untuk berlakon. Masa dia ada dulu, taknak pula bagi dia projek untuk dia shooting dan sebagainya. Bila ada shooting, bila ada projek, itulah duit untuk kita nak beli ubat, nak beli apa-apa kan?
Sekali lagi lah abang ulang, abang takut orang kecil hati saja. Bila orang dah takde baru nak cakap kehilangan sebutir bintang. Tak guna dah. Kenyataan dikeluarkan Lan Zailan itu seakan-akan kesal dengan sikap segelintir pihak yang tidak memberikan sebarang tawaran terhadap Hisham untuk berlakon sepanjang hayatnya sebelum ini. Apa-apa pun kita doakan agar r0h Hisham Ahmad Tajuddin ditempatkan dalam kalangan orang yang beriman. Anaknya, Aqeela berkata, abah lebih banyak berehat di rumah terutama selepas negara dilanda pandemik COVID-19, kira-kira dua tahun lalu. “Abah sudah tidak aktif berlakon sejak 2019. Ketika pandemik COVID-19 sampailah sekarang (hingga pemergiannya), abah banyak berehat di rumah.
Aqeela dan suaminya, Hairudin ketika ditemui sebaik selesai majlis urusan Hisham di Tanah Islam Seksyen 21, Shah Alam, pagi tadi. “Abah bukan jenis orang yang suka keluar. Tetapi, kalau ada aktiviti dengan Perbadanan Kemajuan Filem Nasional Malaysia (FINAS), abah turut serta,” katanya ditemui sebaik selesai majlis urusan ayahnya di Tanah Islam Seksyen 21 di sini, hari ini. Kredit, YouTube mstar. PERHATIAN, Pihak kami tidak akan ber tanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak kami juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggung jawab anda. Sementara itu, anda boleh baca juga kisah kisah lain yang menarik dan menghiburkan di bawah ini yang dikongsikan seperti berikut.