Pelakon Puteri Sarah mendedahkan dia tidak akan berdiam diri mengenai isu melibatkan seorang wanita yang didkwa mengganggu rumah tangganya bersama suami, Syamsul Yusof iaitu Ira Kazar, di mana kes tersebut kini dalam proses pemerhatian pihak mahkamah. Jelas Sarah,37, kes berkenaan mengambil masa yang lama untuk diselesaikan, namun itu bukan asbab untuk dia berdiam diri. Sebaliknya, ibu kepada dua cahaya mata itu akan tetap melawan berhabis-habisan.
“Lawan tetap lawan. Tidak akan diam selagi yang bersalah tak ditangkap. Diam bukan bermakna kes dah tutup. Ramai yang tanyakan ? Tidak akan diam selagi yang sepatutnya tidak diambil tindakan. Slowly but surely. Kes mahkamah memang ambil masa yang lama. Mahkamah sivil dah dapat tarikh bicara tapi tahun depan. Mahkamah syariah pula, akan datang, dan saya akan lawan untuk perkara itu,” katanya.
Sarah berkongsi perkara tersebut menerusi satu hantaran terbaharu di Instagram miliknya. Malah dia turut memuat naik satu tangkap layar artikel daripada sebuah portal yang bertanyakan perkembangan kes yang dihadapinya itu. Dalam pada itu, Sarah menegaskan dia tidak akan menutup kes tersebut sama sekali dan terus memohon doa orang ramai untuknya. “Tutup kes? He*l no! Tidak akan! Doakan sarah. Keadilan akan terbongkar! Kita ada banyak saluran boleh pergi, Insya-Allah,” tambahnya.
Sementara itu, di ruangan balas, rata-rata warganet menyokong tindakan Sarah untuk terus mempertahankan dirinya. Terdahulu, pada 18 Ogos lalu, media melaporkan Ira Kazar yang juga anak kepada pelakon veteran, Kazar telah dipanggil ke pejabat Jawi. Difahamkan, ia bagi membantu siasatan berhubung tindakan saman yang difailkan Puteri Sarah di Mahkamah Sesyen Kuala Lumpur dan dua aduan di pejabat agama terhadap wanita itu. Sumber, Awattsyeikh.com
Masih Belum Bermadu, Lama Menyepi Akhirnya Puteri Sarah Tampil Luahkan Sesuatu Pasal Ni
“Watak Bibi tidak ada kaitan langsung dengan situasi rumah tangga saya sekarang.” kata pelakon Puteri Sarah, 37, sekali gus menafikan watak Bibi yang dilakonkan dalam pementasan Teater Maduku Terpaling Kalut ada kaitan dengan dirinya. Ia susulan perkahwinan dibina bersama suami yang juga pengarah Syamsul Yusof didakwa bermasalah ekoran kehadiran orang ketiga. Puteri Sarah atau nama sebenarnya Puteri Sarah Liyana Megat Kamaruddin berkata, jalan cerita dalam teater itu yang memaparkan watak Bibi belum bermadu dan tidak akan terjadi dalam kehidupan sebenarnya. “Teater ini Maduku Terpaling Kalut, ia belum lagi dan takkan terjadi pada saya,” katanya kepada Harian Metro. Terdahulu, Puteri Sarah ditemui selepas pementasan hari pertama Teater Maduku Kalut yang diadakan di Petaling Jaya Performing Arts Centre (PJPAC), Bandar Utama, di sini, semalam.
Pada pementasan itu, Puteri Sarah yang pertama kali terbabit dalam bidang teater dilihat berjaya melontarkan emosi dan lakonan yang cukup baik. “Saya nak bagi yang terbaik. Selama ini orang cakap saya cantik tapi lakonan ‘okay okay saja’. Bagi saya tak. Saya nak buktikan kepada semua yang saya boleh berlakon. Insya-Allah saya sudah buktikan. “Kalau dari segi emosi pula, saya memang ‘all out’ dan lepas geram. Tapi itu adalah watak Bibi. Kalau Puteri Sarah sebenar lain. Puteri Sarah dia buat apa yang dia buat sekarang yang mana bertindak dengan bijak dan menggunakan platform betul dengan saluran mahkamah,” katanya. Mengenai pembabitannya pada teater itu, Puteri Sarah berkata, dia hampir menarik diri pada saat akhir. “Saya betul-betul kecewa dengan diri sendiri sampai menjerit dan tak nak berlakon. Saya minta produksi mencari pelakon lain. Penerbit pun cakap dua hari lagi nak pementasan. Ketika itu saya memang ‘blank’.
Tapi mereka nasihat dan bagi motivasi, jadi saya buat. Alhamdulillah, semuanya okay,” katanya. Selain Puteri Sarah, teater terbitan Shawn Amer itu turut menampilkan lakonan Azrel Ismail, Anna Jobling, Syafiq Naser, Aya Amiruddin dan Curly Joe. Teater Maduku Terpaling Kalut dipentaskan hingga 2 Oktober ini. Terdahulu Kes rumah tangga melibatkan pelakon dan pengarah terkenal, Puteri Sarah Liyana dan Syamsul Yusof nampaknya masih menjadi perhatian rata-rata peminat dan pengikut pasangan ini. Mana taknya, menerusi beberapa perkongsian video TikTok yang telah dimuat naik oleh akaun peminat Puteri Sarah iaitu @puterisarahliyanaa, terdapat video di mana pada ketika itu hubungan pasangan ini masih lagi baik. Menerusi video berdurasi 15 saat yang dikongsikan itu, Puteri Sarah dilihat meletakkan kepalanya dibahu suaminya sambil merakamkan momen mereka bersama.
Manakala, menerusi hantaran yang berlainan pula, terdapat video berdurasi 38 saat yang memperlihtakan foto-foto manis pasangan ini sepanjang mereka bersama termasuklah foto perkahwinan mereka. Menjengah di ruangan komen, rata-rata warganet menitipkan doa buat pasangan ini dan berharap agar kedua-duanya dapat bersama semula. Kredit, hmetro. PERHATIAN, Pihak kami tidak akan ber tanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak kami juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggung jawab anda. Sementara itu, anda boleh baca juga kisah kisah lain yang menarik dan menghiburkan di bawah ini yang dikongsikan seperti berikut.