Penampilan terbaru dipuji ramai, kini Masya Masyitah kongsi foto terbaru di laman media sosialnya

Penampilan Masya Masyitah kini dipuji warganet. Selepas beberapa kali menerima kritikan kerana pemakaiannya, kali ini penyanyi Masya Masyitah sekali lagi menarik perhatian warganet menerusi perkongsian terbaharu di laman Instagram. Dalam hantaran itu, Masya atau Siti Nurmasyitah Mohd Yusoff, 22, dipuji pengikutnya kerana mengenakan pakaian yang lebih sopan dan sempurna. Masya dilihat menggayakan sepasang dress labuh berwarna jingga dengan mengenakan hijab menutup dada. “I love you just the way you are,” tulisnya di ruangan kapsyen.

Sebelum ini Masya sering ditegur peminat kerana pakaiannya.

Rata-rata warganet memuji penampilan Masya yang dilihat lebih sopan digayakan oleh seorang wanita berhijab. “Cantiknya Masya! Semoga baik sahaja dan dilindungi oleh Allah dalam setiap perjalanan. “Manis sahaja tengok Masya pakai pakaian macam tu, semoga istiqamah dalam melakukan kebaikan. “Nampak sopan sangat macam ni… macam ini barulah Allah pun suka. Nampak matang dan ayu,” komen warganet.

Fesyen Masya sering mendapat perhatian warganet.

Sebelum ini, Masya pernah ditegur peminat gara-gara pemakaian yang dianggap pelik dan tidak sesuai untuk wanita bertudung. Fesyen Masya itu dikritik sewaktu dia berada di Dubai. Untuk info, Masya pernah menjadi juara program realiti kanak-kanak, Ceria Popstar pada tahun 2014 dan menyandang gelaran naib juara Bintang Kecil RTM pada 2011.

Dikatakan Bangga Bila Anak Viral Pakai Baju Macam Ni, Tak Boleh Berdiam Sekali Ini Pula Respon Dari Ibu Masya Masyitah

Baru-baru ini, nama penyanyi Masya Masyitah kembali diperkatakan umum apabila dia mengenakan jumpsuit yang dipadankan dengan sehelai turtleneck sewaktu bercuti di Dubai. Hal ini menimbulkan kerisauan dalam kalangan pengikutnya yang rata-rata melihat kombinasi pakaian tersebut sebagai tidak kena dengan imej bertudung Masya. Menerusi ruangan komen pada gambar yang telah dipadamkan itu, ada yang menganggap jumper berkenaan seperti pakaian dalam selain ada juga yang sudah berhenti mengikuti Masya di Instagram. Justeru, menerusi sesi siaran langsung di platform berkenaan, Masya menyentuh secara santai mengenai isu baju berkenaan. Menurut Masya, dia enggan mengambil peduli mengenai isu berkenaan dan membiarkan sahaja orang lain menularkan imej pakaian yang dipakai tempoh hari.

“Biarlah jelah orang nak viral, orang yang viral tu pun nanti dapatlah balasan dia,” ujar Masya. Dalam masa yang sama, Masya turut memberitahu yang dia sentiasa positif dalam segala hal yang berlaku dalam hidupnya. “Buat apa kita nak stress stress fikir negatif, biar kita fikir benda yang positif,” katanya. Begitupun, ada juga warganet yang menyifatkan ibu Masya yang dilihat bangga anaknya viral dengan cara yang tidak elok. Kenyataan tersebut di balas oleh ibu Masya: “Amboi nak mengata juga lagi. Takpa alhamdulillah. Apa yang kata tu, insya-Allah balik dengan ampa na,” katanya dalam loghat utara. Terdahulu, Masya pernah dikritik kerana berpenampilan daring menerusi klip video terbaharunya, Simpanan. Masya juga digelar ‘haiwan’ kerana menggunakan subang hiasan pada hidungnya.

Umur 19 tahun, Masya Masyitah dah beli rumah tunai RM300,000. PENYANYI Masya Masyitah mendedahkan dia berjaya membeli rumah secara tunai bernilai RM300,000, pada tahun lalu ketika berusia 19 tahun. Masya, 20, yang berasal dari Kulim, Kedah ditemui berkata keseluruhan wang itu diperolehnya daripada pembabitan serius dalam kerjaya nyanyian. “Saya sudah menyanyi sejak kanak-kanak lagi, termasuk banyak menyertai pertandingan nyanyian dianjurkan. Jadi, saya dah kumpul duit dari kecil dan Alhamdulillah, kini dapat beli rumah. “Pembelian dibuat secara tunai kerana lebih mudah dan saya tak perlu terikat dengan kadar faedah pinjaman di bank. Apatah lagi, saya tiada kerja tetap yang mempunyai penyata gaji bulanan. “Apapun, saya amat bersyukur sudah memiliki aset sendiri seperti rumah dan kereta, hasil daripada aktif menyanyi selama ini,’ katanya kepada Harian Metro.

Ditanya sama ada kereta juga dibeli secara tunai, Masya atau nama sebenar Siti Nur Masyitah Yusoff berkata dia membuat pinjaman bank untuk kenderaan. Mengulas dirinya yang dikait menunjuk kemewahan apabila berkongsi video dekorasi dan tatarias dalam kediamannya di YouTube. Masya berkata ia sekadar perkongsian buat peminat. “Apa yang saya tunjukkan dalam video di YouTube itu hanya perkongsian biasa kepada peminat yang menyokong selama ini. Tidak ada niat nak menunjuk-nunjuk langsung. “Bagaimanapun, saya tahu tidak semua yang dilakukan atau ditunjuk kepada umum itu disukai orang lain.

Pasti, ada segelintirnya yang akan beri komen negatif,” katanya. Masya yang baru setahun menduduki kediamannya di Cheras berkata dia membeli kondominium itu kerana mudah baginya untuk lebih aktif dalam kerjaya nyanyian di ibu kota. Tinggal bersama ibunya, Masya memberitahu dia memang suka menabung sejak kecil. Katanya, semoga apa yang dilakukan menjadi inspirasi kepada golongan belia lain. Pernah muncul juara program Ceria Popstar musim kedua di bawah bimbingan Hazama pada 2014, kini Masya popular dengan lagu Halimunan dan terbaharu, Hapus.

Exit mobile version