Melihat telatah anak-anak Shuib Sepahtu dan Siti Sarah Raissuddin, pasti ramai yang berpendapat bahawa mereka mempunyai daya tarikan dan kepetahan tersendiri. Mana tumpahnya kuah kalau tidak ke nasi, anak-anak Shuib dan Sarah iaitu Uwais Alqarni, 10, Dzahira Talita Zahra, 8 dan Ariq Matin begitu petah berbicara, terutama apabila telatah mereka dirakam dan dimuat naik di media sosial. Sungguhpun begitu, jauh di sudut hati Shuib, dia tidak mahu melihat anak-anaknya itu masuk ke bidang seni dan juga industri hiburan untuk bergelar artis. Sungguhpun bidang tersebut dekat dengan dirinya dan juga isteri, namun Shuib memilih untuk tidak mendorong anak-anaknya ke arah seni, sungguhpun mereka telah menunjukkan kecenderungan dalam bidang nyanyian dan komedi.
“Matin ada bakat berlakon, melawak. Tapi sama juga saya rasa saya tak cenderung untuk mereka jadi artis kot,” ujar Shuib lagi. Anak ketiga pelawak dan usahawan terkenal Shuib Sepahtu iaitu Ariq Matin seorang yang suka membuat lawak seperti ayahnya. Setiap perkongsian Shuib berkenaan anaknya sering menjadi tumpuan ramai apabila dikongsikan ke laman media sosial. Jika sebelum ini, Matin suka bertanya soalan yang tidak masuk akal kepada ayahnya yang membuatkan ayahnya terdiam. Terbaharu, Shuib ada berkongsi tentang matin yang tak sihat disebabkan telinga beliau buat ramai peminat mendoakan supaya cepat sembuh. Arini Matin tak brp Sihat. Telinga sakit InsyaAllah cepat Sihat Matin Sayang daddy.
Antara Reaksi Orang Ramai. Semoga adik Matin cpat smbuh dan diprmudahkn sgala urusan. Aamiin. Syafakallah matin semoga cepat sihat dan semoga cepat sihat. Martin telinga masuk air tak, kan tuhari berlmba renang dgn lalita semoga ariq martin cpt sembuh. Kredit, onlinemalaya. PERHATIAN, Pihak kami tidak akan ber tanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak kami juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggung jawab anda. Sementara itu, anda boleh baca juga kisah kisah lain yang menarik dan menghiburkan di bawah ini yang dikongsikan seperti berikut.