Umum memang kita kenali dengan individu popular ini. Sebelum ini pernah tular video mengenai seorang pendakwah terkenal yang memberikan teguran terhadap segelintir wanita yang memakai mekap yang berlebihan, terutamanya wanita berniqab yang mengenakan solekan pada bahagian mata.
“Sekadar Pendapat Kita Aje”
Terkini, Pengarah terkenal, Michael Ang tampil menyuarakan pendapatnya menerusi hantaran di Instagram yang berpendapat, seharusnya memberikan pujian dan mendoakan yang baik-baik untuk wanita yang sudah berhijab atau berniqab.
Kata Michael “Setahu i bila orang dah berhijab ke atau berniqab ke kita patut puji dan doakan baik-baik. Tapi kat Malaysia ni semua ada je yang tak betul sampai orang dah meniqab pun nak complain mata orang tu menggoda laa. Kalau mata tak cantik mekap celah bedah mana pun tetap tak akan cantik.”-Tulis Michael
Pelbagai Reaksi Warganet
Di ruangan komen, rata-rata warganet memberikan pelbagai reaksi mereka, malah ada yang turut memetik nama selebriti dan usahawan terkenal, Neelofa yang sememangnya cantik walaupun tidak mengenakan solekan biarpun berniqab. “Neelofa tu dah memang cantik pun walaupun tak make up. Mata dia memang lawa tapi warganet Malaysia ni semua benda tak kena macam deme perfect. Patutnya doa dan cakap yang baik-baik.”
Kata warganet lagi “Apapun tujuannya..Itu urusan dia dengan Allah. Yang penting dia sekarang lebih baik dari sebelumnya. Wanita memang suka bersolek termasuk saya sendiri.” “Ramai acah-acah malaikat.” Sumber, murai
Memang tak asing lagi kita dengan pengarah ini. Sejak minggu lalu, nama usahawan kontroversi Datuk Seri Aliff Syukri menjadi bualan ramai di media sosial. Menerusi hantaran di Instagram (IG), pengarah Michael Ang dilihat menyindir namun tidak menyebut nama mana-mana individu. Biarpun begitu, hantaran itu muncul selepas Aliff Syukri mendakwa dirinya penyanyi nombor satu negara selepas video muzik lagu Baby Sayang ‘trending’ nombor satu di YouTube, pada Jumaat lalu. Posting’ ni sekadar info saja ya. Kalau termakan cili awak akan rasa ‘posting’ ni pasal awak okey. So adik adik sila baca betul-betul sebelum mengutuk ya.
Kena kutuk saja
Tegas penerbit yang berusia 46 tahun, gelaran penyanyi nombor satu negara boleh digunakan sekiranya lagu itu ‘trending’ di stesen radio dan perkhidmatan penstriman muzik. Kalau trending di Spotify ka, di radio ka, Apple Music ka, baru awak penyanyi nombor satu negara ya. Sekadar di TikTok, YouTube, Instagram tu untuk dikutuk! Malu dik. Nampak bodoh sangat buat ‘claim’ macam tu. Perkongsian itu turut menarik perhatian rakan selebriti lain untuk komen. Antaranya adalah Datuk Aaron Aziz dan Sharnaaz Ahmad.
Sebelum ini, pendakwah bebas dan Pencetus Ummah (PU), Syed Mohd Bakri Syed Ishak tampil memberi teguran secara terbuka. PU Syed memohon agar Aliff Syukri membatalkan hasrat untuk melancarkan muzik video lagu dangdut terbaharunya yang keterlaluan. Sumber, Oh bulan