Meskipun mengalami cdra di kaki, namun ia tidak menghalang pengacara Elly Mazlein untuk menjalankan tugas di pentas Gegar Vaganza musim kesembilan pada malam tadi. Pengacara Gegar Vaganza GV kesembilan, Elly Mazlein tampil berkerusi roda semasa mengendalikan persaingan minggu ketujuh program realiti tersebut. Difahamkan Elly Mazlein yang mesra disapa sebagai Kak Lina Pom Pom berdepan kec.draan lutut ketika menjalani penggambaran drama bersiri GilaViral.
Di awal rancangan GV, Kak Lina muncul di pentas bersama rakan pengacaranya, Nabil Ahmad menyampaikan lagi Senyuman Ragamu. Sepanjang mengacara GV sejak minggu pertama, Elly sentiasa kelihatan cergas dengan aksi lincahnya di atas pentas. Akibat masalah tersebut, gandingan rakan pengacaranya, Nabil Ahmad secara berseloroh kelihatan gembira dengan keadaan tersebut kerana tidak perlu lagi berkejaran dengan Elly.
“Bonda, ini lutut lari. Lutut ters.liuh,” jelas Elly atau mesra disapa dengan nama Lina Pom Pom mengadu kepada salah seorang juri, Hetty Koes Endang. Tinjauan di media sosial mendapati rata-rata warganet memuji kesungguhan Elly Mazlein yang tetap mengacarakan konsert itu walaupun dalam keadaan berkerusi roda.
Antara Reaksi Orang Ramai
“Walaupun atas kerusi roda, tetap meriah Kak Lina Pom Pom ni,” kata Aida. “Kak Lina tetap cantik walaupun atas kerusi roda,” kata Mateen. “Kasihan pula tengok Kak Lina atas kerusi roda,” kata Lynn.
Elly dalam satu hantaran di Instagram, berterima kasih kepada penerbit, Shahrulezad Mohameddin dan Fazli Baharom serta produksi Radius One kerana membantunya ketika berdepan m.asalah tersebut. Elly bagaimanapun, memaklumkan kec.draan yang dialaminya tidak begitu serius. GV9 mula bersiaran sejak 18 September dari Auditorium MBSA Shah Alam pada setiap Ahad.
Terdahulu, Bob Yusof diumumkan sebagai pemenang Anugerah Juara Next Level Digi untuk minggu ketujuh berdasarkan undian peminat dan membawa pulang wang tunai RM 1,000. Juara gegar vaganza akan membawa pulang wang tunai sebanyak RM 100,000, naib juara pula akan meraih RM 50,000, tempat ketiga akan menerima RM 30,000, tempat keempat, tempat kelima dan tempat keenam masing-masing akan menerima RM 20,000, RM 15,000 dan RM 10,000. Penerbitan GV9 turut disokong oleh Farm Fresh yang hadir selaku Penaja Utama dengan kerjasama Digi selaku T.elco Rasmi.
Manakala Adabi dan CUCKOO turut menghulurkan sokongan selaku Penaja Bersama. Sidang media GV9 turut dibawakan dari Menara Kuala Lumpur. Selain itu, penganjuran GV9 juga dimeriahkan dengan kolaborasi bersama Astro GO, Gempak dan RiaX selaku Rakan Digital serta SINAR sebagai Rakan Radio Rasmi dan disokong oleh Gegar untuk musim ini. Eksklusif untuk pelanggan setia Astro, mereka berpeluang untuk menyaksikan GV9 secara langsung dengan menjawab tiga soalan mudah 10 pasang tiket sedia untuk dimenangi setiap minggu. Kredit, Astro/IG. Sumber, Online Malaya