Selamba je ada yang guna nama Mira Filzahh untuk minta tajaan, sekali ini respon dari tuan badan

Pelakon terkenal, Mira Filzah meluahkan rasa kecewa selepas mengetahui ada pihak tidak bertanggungjawab menggunakan namanya untuk mendapatkan tajaan biskut. Mira Filzah menerusi InstaStory berkongsi tangkap layar mesej yang diterima dari ibunya mengatakan bahawa ada orang menyamar menggunakan namanya di WhatsApp untuk mendapatkan tajaan biskut. Perkara itu hanya diketahui oleh pelakon Sweetdreams ini selepas ibunya mendapat berita dari jiran kenalan rapatnya yang terlibat dengan perniagaan biskut. Ini apa yang kita tahu, apa yang kita tak tahu, tak tahu lah kan. Jadi Mira rasa better Mira post dekat sini. Kalau ada sesiapa minta sponsor apa-apa melalui WhatsApp, itu bukan Mira okay. Terkejut dengan info itu, Mira menegaskan bahawa pihaknya tidak pernah menggunakan platform WhatsApp bagi sebarang urusan malah tujuan dia memuat naik gambar berkenaan adalah untuk mengelakkan orang ramai daripada menjadi sasaran pihak yang tak bertanggungjawab itu.

Sumber, OH BULAN. PERHATIAN, Pihak kami tidak akan ber tanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak kami juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggung jawab anda. Sementara itu, anda boleh baca juga kisah kisah lain yang menarik dan menghiburkan di bawah ini yang dikongsikan seperti berikut.

Elfira Loy Kongsi Foto Anaknya Bersama Anak Mira Filzah, Sekali Ini Pula Komen Lucu Warganet. Siapa tak kenal dengan dua pelakon comel jelita ini. Baru-baru ini pelakon Mira Filzah telah mengadakan majlis aqiqah buat putera sulungnya, Wan Khair Amir. Pada majlis tersebut, Mira dan suami, Wan Emir Astar akhirnya mendedahkan wajah putera mereka kepada umum selepas lima bulan dilahirkan. Sementara itu, dilihat juga beberapa rakan selebriti turut diundang ke majlis berkenaan termasuklah pelakon Elfira Loy bersama suami, Muhamad Faris Khairol Anuar dan sepasang anak mereka, Muhamad Rayyan Khala dan Nur Aria Mikayla.

Elfira menerusi hantaran di Instagram turut merakamkan beberapa foto pada majlis berkenaan bersama keluarganya dan keluarga Mira buat tontonan umum. Bagaimanapun, mencuri tumpuan apabila ada segelintir wargamaya ‘mengusik’ Elfira di ruangan balas dengan menyatakan dia ingin melihat kedua-dua pelakon itu ‘berbesan’. Usikan tersebut meminta Elfira menjodohkan puterinya dengan putera Mira Filzah. “Boleh berbesan ni, comel sangat dua-dua,” gurau seorang wargamaya. “Ok dah boleh tengok masa depan mereka, kira jadi lah kan Elfira,” usik seorang lagi warganet.

Untuk info, Elfira dan Faris Anuar selamat bernikah pada Januari 2019. Pasangan bahagia ini telah dikurniakan sepasang cahaya mata bernama Muhamad Rayyan Khalaf yang lahir pada Oktober 2019, dan Nur Aria Mikayla yang lahir pada Mei 2022. Manakala pasangan Mira dan Wan Emir melangsungkan pernikahan pada September 2020 dan selamat melahirkan Wan Khair Amir juga pada Mei 2022. Sumber, gempak

Exit mobile version