Neelofa muat naik rakaman sipi Ameera Khan memakai hijab buat ramai terharu

Memang tak asing lagi kita dengan dua adik beradik popular ini. Nama adik kepada selebriti dan usahawan, Neelofa iaitu Ameera Khan menjadi bualan ramai selepas membuat keputusan untuk memadam akaun Instagram setelah mendapat kecaman yang teruk disebabkan isu pemakaian hijab secara on-off serta imej yang agak seksi.

“Dah Macam Bilal..”

Terkini, menerusi Insta Stories, Neelofa dilihat memuatnaik video adik perempuannya itu dari arah belakang dan  seolah-olah memberikan bayangan bahawa Ameera sudah kembali berhijab. “Dah macam bilal. Tengok sipi-sipi je boleh ok.”-Tulis Neelofa. Jika benar dia sudah kembali berhijab, sama-sama kita doakan yang baik-baik sahaja ya. Sumber, murai

Usahawan dan selebriti popvlar, Noor Neelofa memuat naik lampiran foto kandidnya bersama Datin Lisa Surihani menerusi platform Inst.gram, baru-baru ini. Mereka bertemu dan Neelofa menemubual pelakon itu di dalam rancangan Next To Neelofa musim kedua yang menyaksikan Lisa sebagai tetamu undangan bagi episod yang pertama. Malam ini, 10 malam di Astro Ria,” tulis Neelofa ringkas pada ruangan kapsyen.

Perkongsian yang sudah pun menerima lebih 56,000 tanda suka itu turut disusuli dengan komen peminat yang rata rata memuji penampilan selebriti itu. “MasyaAllah… Cantiknya dua-dua. Lisa cantiknya. Nampak bersederhana.“MasyaAllah looking so pretty. Love both.” Kenapa cantik sangat dua-dua ni. MasyaAllah cantik sangat lah Ummi Bilal ni. Dua-dua cantik sangat.” Sementara itu, Neelofa menerusi Mel3T0P minggu lalu ada berkongsikan pengalamannya di dalam mengendalikan program bual bicara berkenaan.

“Kalau musim pengenalan kita tampilkan bintang legenda seperti Datuk Siti Nurhaliza, Nor Kumalasari, Puan Sri Normala Samsudin dan ramai lagi. Tetapi kali ini walau kebanyakan (tetamu) masih muda, tetapi mereka ialah ibu yang boleh relate on certain level,” katanya. Neelofa pada masa sama turut berkongsi pendekatan yang digunakan setiap kali menemubual tetamu yang diundang.

“Orang tanya macam mana saya ‘buat’ mereka menangis. Sebenarnya saya pun berdebar juga. Berdoa. Ya Allah lembutkanlah hati dia, selesakanlah kita dan sebagainya. Selain itu, kita kenalah juga bina proses komunikasi itu,” katanya yang turut mengucapkan terima kasih kepada peminat selain dedikasinya kerana masih diberi peluang untuk muncul di kaca TV meski berpurdah.

Next To Neelofa musim kedua bersiaran mulai 22 Oktober 2022, jam 10.00 malam di saluran Astro Ria dan Astro Prima. Selain Lisa, Next To Neelofa musim kedua turut mengundang antaranya Diana Amir, Puteri Sarah Liyana dan Ziana Zain bagi berkongsi mengenai perjalanan hidup serta kerjaya masing-masing. Sumber, Media Hiburan

Exit mobile version