Siapa tak kenal dengan dua pasangan sama hebat ini. Perkongsian angkasawan negara, Datuk Dr Sheikh Muszapahar dan isterinya, Dr Halina mengenai acara pertandingan sukan renang yang disertai oleh dua anak perempuan mereka mendapat perhatian warganet. Selain mendapat pujian di atas pencapaian dua orang anak mereka iaitu Bella dan Tasha, pasangan itu juga menerima kritikan warganet mengenai pemakain baju renang yang didakwa tidak sesuai dan sopan.
Katanya “Ini acara renang untuk anak-anak kami. Saya tak edit (video) boleh dengar saya menjerit bersorak. “Saya dah tak peduli orang kini kanan hanya hendak bersorak untuk anak-anak. Suara acik paling kuat tu saya lah,” kata Dr Halina dalam satu hantaran. Dalam hantaran berkenaan menunjukkan anak-anaknya lengkap berbaju renang dengan mendedahkan seluruh kaki dan lengan. Namun Dr Halina sedar ada warganet dan pengikutnya kurang senang akan pemakaian anaknya yang dlilihat tidak sopan dan mengucapkan terima kasih di atas teguran.
Terangnya lagi “Saya juga sedar akan semua nasihat yang diberikan terhadap pemakaian anak saya. Terima kasih atas teguran,” katanya lagi. Dr. Sheikh Muszaphar dan Dr. Halina mendirikan rumah tangga pada 10 Oktober 2010. Hasil perkahwinan itu, mereka dikurniakan empat cahaya mata iaitu Sophea Isabella, Sophea Natasha dan kembar lelaki iaitu Sheikh Adam dan Sheikh Noah dan sepasang lagi kembar Emilia dan Eusoff. Sumber, gempak
Sheikh Muszaphar dapat anak kembar lagi. Kuala Lumpur: “Saya amat teruja apabila mendapat sepasang kembar lagi kerana impian saya untuk memilik anak yang ramai,” kata angkasawan negara, Datuk Dr Sheikh Muszaphar Shukor Sheikh Mustapha, 48. Isterinya, Datin Dr Halina Mohd Yunos, 39, selamat melahirkan bayi lelaki jam 9.47 pagi diikuti bayi perempuan jam 9.48 pagi tadi secara pembedahan di Pusat Perubatan Sunway.
Dr Sheikh Muszaphar berkata, beliau juga sudah mula merancang untuk ‘mendapatkan’ anak ketujuh sebaik anak kembarnya itu dilahirkan. “Saya seorang yang sukakan kanak-kanak dan pada masa sama, saya mahukan anak yang ramai kerana mahu membimbing mereka yang dilihat seperti versi saya yang kecil. “Selain itu, ada kelebihan memiliki anak yang ramai walaupun sukar untuk menjaga mereka sekarang (semasa kecil). Bila mereka sudah besar nanti, anak-anak boleh menghilangkan kesunyian apabila kami sudah tua.
Katanya lagi “Disebabkan itu, kini saya sudah bercadang untuk mendapatkan anak ketujuh. Bagi tujuan itu, saya perlu meyakinkan isteri terlebih dulu,” katanya ketika dihubungi, hari ini. Beliau berkata, empat lagi anaknya sudah tidak sabar untuk berjumpa adik mereka. “Ketika ini, hanya saya seorang dibenarkan melawat isteri serta anak di hospital kerana situasi Covid-19. “Isteri kini dalam keadaan baik dan sudah makan serta boleh berjalan. Jika tiada aral melintang, isteri mungkin dibenarkan pulang ke rumah Ahad ini, namun bergantung kepada keadaan luka pembedahannya,” katanya.
Sebelum ini, Dr Sheikh Muszaphar dikurniakan anak kembar lelaki iaitu Sheikh Adam dan Sheikh Noah yang kini berusia tiga tahun. Selain anak kembar lelaki, pasangan berkenaan juga memiliki dua lagi anak perempuan iaitu Sophea Isabella, 9, dan Sophea Natasha, 7. Sumber, harian metro