Puteri Sarah Liyana nampaknya tidak akan berdiam diri terlalu lama sehingga anak kepada pelakon terkenal Kazar Saisi iaitu Ira Kaza dikenakan tindakan sewajarnya selepas dikatakan menganggu rumah tangganya dengan pengarah tersohor, Syamsul Yusof. Menerusi Instagram Puteri Sarah, dia akan terus berjuang habis-habisan dan tidak akan membenarkan kes tersebut ditutup walaupun prosesnya panjang dan mengambil masa. “Tidak akan diam dan takkan diam selagi yang sepatutnya tidak diambil tindakan. Slowly but surely. Court case memang ambil masa yang SANGAT LAMA. Mahkamah sivil dah dapat tarikh bicara tapi next year. “Syariah court, soon, and I’m fghtng for it. Case closed? Hell no! Never ! Tak pernah lagi dekat Selangor or Wilayah berjaya except dekat Terengganu pernah berjaya 1st case. So let’s make it the FIRST here! “Doakan Sarah!” tulisnya.
Dalam perkongsian terbaru di Instagram hari ini, pelakon terbabit telah pergi ke pejabat Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan (JAWI) bagi mendapatkan penjelasan berhubung kesnya. Menurut Sarah, dia berpuas hati dengan jawapan dan penerangan pihak disana namun tidak boleh mendedahkan apa yang diketahui kepada umum. “Apa yang boleh saya cakap kes masih dalam siasatan sebab ada SOP & procedures yang banyak dan in sha Allah akan ada good news because good things come to those who wait right. Allah pun tahu hambanya tak berhenti berjuang, berdoa dan pasti akan ada pelangi lepasni in sha Allah. JAWI will not kecewakan Sarah dan wanita2 yang teraniaya diluar sana. Just don’t stop fghtng,” ujarnya lagi.
Pada 18 Ogos lalu, Ira yang juga anak kepada pelakon veteran, Kazar dipanggil ke pejabat Jawi bagi membantu siasatan berhubung tindakan saman yang difailkan Puteri Sarah di Mahkamah Sesyen Kuala Lumpur dan dua aduan di pejabat agama terhadapnya. Pelakon itu hadir memberi keterangan berhubung dakwaan gangguan orang ketiga dalam rumah tangga dua hari kemudian di pejabat Jawi. Ira disiasat mengikut Seksyen 38 Akta Kesalahan Jenayah Syariah (Wilayah-Wilayah Persekutuan) 1997 yang berkaitan menghasut suami atau isteri supaya berpisah atau mengabaikan tanggungjawab. Dalam pada itu, Puteri Sarah memaklumkan berpuas hati dengan penerangan oleh pegawai penyiasat Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan (Jawi) berhubung kesnya. Katanya, meskipun tidak dapat berkongsi mengenai butiran kes berkenaan namun dia kini lebih jelas dan faham selepas mendapat penerangan. Insya Allah Jawi tidak akan mengecewakan Sarah dan wanita-wanita yang teraniaya.
“Apa yang boleh saya katakan, dalam siasatan ada SOP dan prosedur yang banyak dan Insya Allah akan ada berita baik kerana benda baik akan datang kepada mereka yang menunggu dengan sabar. “Allah pun tahu hambaNya tak berhenti berjuang, berdoa dan pasti akan ada pelangi selepas ini, Insya Allah Jawi tidak akan mengecewakan Sarah dan wanita-wanita yang teraniaya di luar sana. Jangan berhenti berjuang,” katanya. Sementara itu, Puteri Sarah turut memaklumkan sudah mendapat tarikh perbicaraan kes berkenaan pada tahun hadapan. Malah ibu kepada dua cahaya mata ini juga bertegas untuk tidak menutup kes tersebut sehingga mendapat keadilan sewajarnya. Puteri Sarah maklumkan banyak siasatan perlu dilakukan untuk kesnya.
“Ramai yang tanyakan? Tidak akan diam dan takkan diam selagi yang sepatutnya tidak diambil tindakan. “Slowly but surely. Kes mahkamah memang ambil masa yang sangat lama. Mahkamah sivil dah dapat tarikh bicara tapi tahun depan. “Mahkamah Syariah akan datang dan saya akan lawan untuk itu. Kes tutup? Hell no! Never!,” katanya. Untuk rekod, Puteri Sarah dan Syamsul mendirikan rumah tangga pada Mac 2014 dan mereka dikurniakan dua cahaya mata iaitu Syaikhul Islam, 5 dan Summayah yang kini berusia dua tahun.Sumber, Instagram Puteri Sarah Liyana. PERHATIAN, Pihak kami tidak akan ber tanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak kami juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggung jawab anda. Sementara itu, anda boleh baca juga kisah kisah lain yang menarik dan menghiburkan di bawah ini yang dikongsikan seperti berikut.