Kini isu pangkat Dato Seri Aliff Syukri buat ramai keliru, sekali ini penjelasan Datuk Seri Aliff Syukri

Usahawan kosmetik, Datuk Seri Aliff Syukri tampil menjelaskan kekeliruan mengenai pangkat ‘Dato Sri’  yang digunakannya. Menurut Aliff, dia mendapat penganugerahan berkenaan ketika berusia 30 tahun lagi.

“Awak kata saya tak ada ‘Dato Sri’? Sampai hati awak. Awak ni apa awak ni… gambar ni apa? Waktu umur 30 tahun saya dapat Dato Sri. Ni saya tunjuk dalam sistem. Sebenarnya siapa yang salah? Sistem ni menunjukkan saya ada ‘Dato Sri’. Sebenarnya tertinggal huruf ‘F’ jer. Tapi tak apalah, kita tak nak besar-besarkan cerita ini. Dari Sri ke Datuk ke bersyukurlah. Yang penting cukup makan, cukup minum,” katanya di dalam sepotong video yang dikongsikan di Instagram.

Sementara itu menerusi ruangan kapsyen, penyanyi lagu Abang Nak Tegur itu juga akui rasa sedih mengenai kekeliruan yang berlaku. “Awak saya sedih. Apa patut saya buat? Siapa yang jaga sistem ni awak? Sampai hati kata saya sebenarya tak ada Dato Seri?,” tulisnya menerusi ruangan kapsyen. Sumber, Media Hiburan

Tampil Beri Teguran Buat Golongan Yang Bersuka Ria Atas Musibah Najib Dan Rosmah, Dan Ini Penjelasan Aliff Syukri

Usahawan kosmetik kontroversi Datuk Seri Aliff Syukri menegur tindakan segelintir individu yang ‘bertepuk tangan’ di atas musibah yang melanda bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak dan isterinya Datin Seri Rosmah Mansor. Menurut Aliff atau nama sebenarnya Aliff Syukri Kamarzaman, 35, dia menuntut orang ramai agar tidak mengkeji dan menghina pasangan itu selepas kedua-duanya dijatuhkan hukuman oleh mahkamah.

“Dugaan Najib dan Rosmah di hujung usia… jangan mengk.ji dan mengh.na melampau.. cuba bayangkan itu mak ayah kita. Lagipun dugaan kita nanti tak tahu lagi macam mana awak,” tulisnya di ruangan kapsyen.

Malah, Aliff turun berkongsi sekeping foto Najib dan Rosmah sebagai hantaran di laman Instangam miliknya. Dalam pada itu, pelantun lagu Baby Sayang itu turut berkongsi pengalamannya sewaktu ditahan pihak polis bagi membantu siasatan sebuah kes yang didapati tidak bersalah. Aliff berkata, kejadian itu memberi impak yang besar pada dirinya dan dia tidak dapat melupakan momen yang sukar itu sehingga ke akhir hayatnya.

“Saya nak cerita sikit kat awak ni. Dulu saya pernah naik kereta polis dan ditahan untuk siasatan kes yang saya tidak bersalah. Itu pun saya tak mampu tidur dan kencing sebab ketakutan dan malu. Malah itu adalah detik yang tak dapat saya lupakan seumur hidup saya. Ini pulak kes seperti Datin Seri Rosmah dan Datuk Seri Najib.. saya tak dapat nak bayangkan perasaan tu jika saya di tempat mereka,” jelasnya lagi. Tambah usahawan itu lagi, dia bukanlah penyokong tegar Najib dan Rosmah tetapi menyeru semua orang agar tidak menghitung dosa orang lain.

“Semoga kedua-duanya tabah dengan dugaan ini yang bukan calang-calang. Salah atau tidak biar Allah yang tahu dan biarkan badan berwajib membuat tindakan. Kita janganlah menambahkan lagi tekanan kepada mereka. Janganlah kita sibuk menghitung dosa orang lain sampai kita terlupa nak hitung dosa kita sendiri. Ingat, kesalahan mereka pun ujian untuk diri kita juga. Jangan seronok dengan dugaan orang lain sebab tangan yang menaip pun bakal disoal nanti. Kita tak pasti lagi nasib kita esok lusa bagai mana,” ujarnya panjang lebar. Sementara itu di ruangan komen, ia dihujani dengan pelbagai reaksi daripada wargamaya yang rata-ratanya menyokong saranan Aliff agar tidak bergembira di atas kesusahan orang lain. Sumber, Gempak

Exit mobile version