Tak habis lagi dengan isu hangat Caprice, Sekali Aeril Zafrel tampil muat naik gambar lucu buat semua terhibur

Memang tak asing lagi kita dengan individu ini. Pelakon Aeril Zafrel menggeletek hati ramai apabila berkongsi sekeping foto menunjukkan beras, topi dan kotak tisu jenama Mydin menerusi hantaran status Instagram terbaharunya. Dikenali sebagai antara selebriti yang gemar mengusik, Aeril atau nama sebenarnya, Suhairil Sunari, 33, menulis status kedengaran sarkastik, namun pada masa sama bersifat lucu menyentuh isu yang sedang hangat diperkatakan melibatkan penyanyi Caprice dan Mydin.

Tulisnya dilaman twitter “Ni dah jumpa depan-depan (merujuk foto dimuat naik). Apa lagi, gaduhlah takkan diam sahaja. Hmm, sekadar mengeruhkan keadaan,” coretnya ringkas. Hantaran status tersebut menjemput pandangan orang ramai termasuk daripada pelakon Hun Haqeem berbunyi: “Kau memang terpaling kreatif.” Dalam pada itu, seorang pengguna Instagram menulis dalam ruangan komen: “Jangan. Nanti kena suruh buat permohonan maaf. Lepas itu, sisi gelap akan dikeluarkan (didedahkan).”

Terdahulu, dunia hiburan tempatan dihangatkan dengan tindakan Caprice atau nama sebenarnya, Ariz Ramli yang berhasrat mengambil tindakan undang-undang terhadap pasar raya Mydin berjumlah RM30 juta disebabkan beberapa kenyataan berbaur perlian syarikat tersebut dalam media sosial. Lebih memanaskan situasi, Pengarah Urusan Mydin, Datuk Wira Dr. Ameer Ali Mydin tampil dengan kenyataan mencabar penyanyi rap itu untuk meneruskan niat menyaman syarikatnya. “Kalau betul Caprice nak saman, hantar surat saman kepada pihak kami, biar peguam saya nanti akan semakkan,” katanya semalam. Sumber, KOSMO! ONLINE

Ustaz Kazim Muat Naik Gambar Tangan Sekali Selamba Je Aeril Zafrel Boleh Komen Macam Ni. GARA-GARA menulis satu komen di status Facebook Datuk Mohd Kazim Elias, pelakon Aeril Zafrel menerima kritikan warganet kerana dianggap tidak mempercayai perkongsian pendakwah bebas tersebut. Menerusi ruangan komen di Facebook, Aeril mahu mendapatkan kepastian tentang penyakit misteri dialami Kazim memandangkan perkongsian pendakwah berkenaan tidak jelas. “Shooting kan ni ustaz? “Saya tanya je… Sekarang ini ustaz memang tengah shooting dengan Mawi,” tulisnya. Soalan Aeril menerima pelbagai reaksi warganet yang meminta dia tidak bergurau tentang isu tersebut. Rata-rata warganet yakin apa yang dikongsikan adalah benar dan meminta orang ramai mendoakan kesihatan Kazim kembali pulih seperti biasa.

“Ini bukan shooting. Ustaz Kazim dah menanggung sakit. Macam-macam orang buat kat ustaz… Doakan kesembuhan ustaz. Bukan bergurau. Saya tanya je… Sekarang ini ustaz memang tengah shooting dengan Mawi. “Bukan… ini buatan hasad dengki orang terhadap Ustaz. “Bukan tempat bergurau ni brother.“Ustaz tiada masa nak bergurau bab begini. “Ada masa bergurau, ada masa serius bro. “Tak lawak bro.. tak kan ustaz nak main-main bab ini,” komen warganet. Pertanyaan Aeril tentang sakit Kazim.Terdahulu, Kazim berkongsi gambar di laman sosial memperlihatkan tangannya yang ditumbuhi beberapa ketulan kecil namun tidak menjelaskan penyakit sebenar yang dialami.

Beliau turut meminta mana-mana pihak membantu mengubati penyakit misteri yang dihidapinya itu. “Sesiapa yang boleh tolong ubatkan saya tolonglah. Berat mata memandang berat lagi bahu yang menanggung. Pada Allah kita berserah,” katanya. Rata-rata warganet meluahkan rasa simpati terhadap keadaannya itu dan mendoakan semoga penyakit dialaminya cepat sembuh. Difahamkan pendakwah selebriti itu sedang menjalani penggambaran sebuah filem arahan Mawi berjudul Zim Zim Ala Kazim. Usaha mStar untuk mendapatkan komen Kazim dan Mawi berkaitan perkara tersebut masih gagal kerana kedua-dua mereka tidak menjawab panggilan telefon mahupun mesej.

Exit mobile version