Penerbit umumkan tiada Syamsul Yusof dalam Prekuel Mat Kilau, Tak boleh berdiam ini pula respon dari tuan badan

Penerbit Studio Kembara Sdn Bhd, sahkan pengarah Mat Kilau: Kebangkitan Pahlawan, Syamsul Yusof tidak akan terbabit dalam pembikinan prekuel filem tersebut. Bakal memulakan penggambaran sama ada akhir tahun ini atau awal 2023, Abdul Rahman berkata, dua pelakon utama Mat Kilau iaitu Datuk Adi Putra dan Beto Kusyairy juga tidak terbabit dalam produksi tersebut. “Ketiadaan Syamsul disebabkan kami ingin memberi peluang kepada pengarah lain untuk memberikan sentuhan. Kami mahu mereka berkarya bersama Studio Kembara untuk memeriahkan lagi industri. “Filem itu juga tidak akan membabitkan watak yang dilakonkan Adi Putra dan Beto. Berdasarkan jalan cerita, karakter mereka masih belum diperlukan dalam karya prekuel ini. Hanya ada beberapa pelakon yang kami kekalkan. Hanya itu yang dapat saya cakap buat masa ini,” katanya. Ditemui pada majlis apresiasi dan santai bersama media di sini, tengah hari tadi, Abdul Rahman berkata, pihaknya tidak mempunyai sebarang masalah dengan Syamsul dan dua pelakon terbabit seperti yang disangka ramai.

“Saya tiada masalah dengan mereka, cuma masing-masing sudah lama tidak berkomunikasi disebabkan sibuk. “Lagipun kami profesional. Benda tidak ada apa-apa, kenapa nak dijadikan isu? Kena ada kematangan dalam melihat perkara ini. Saya tiada masalah dan saya fikir, mereka juga begitu,” katanya. Mat Kilau: Kebangkitan Pahlawan yang mula ditayangkan pada 23 Jun lalu melakar sejarah tersendiri apabila meraih kutipan RM97 juta meliputi tayangan di Malaysia, Singapura dan Brunei. Pencapaian cemerlang itu sekali gus mengatasi semua filem Hollywood seperti Star Wars, The Avengers, Jurassic World, Furious 7, Spiderman dan Transformers untuk kutipan tiket di Malaysia. DUA pelakon utama dan pengarah Mat Kilau disahkan tidak terlibat dalam prekuel filem tersebut yang dijangka memulakan penggambaran pada penghujung tahun ini atau awal 2023.

Pengarah filem, Syamsul Yusof, 38, tidak terkejut apabila namanya disahkan tidak terbabit sebagai ‘tunjang utama’ untuk mengarahkan prekuel filem Mat Kilau yang bakal diterbikan Studio Kembara, tahun depan. Syamsul dihubungi berkata, dia sebenarnya sudah tahu mengenai perkara itu dari awal lagi kerana ada ura-ura tempatnya digantikan oleh pengarah lain. Jelasnya, dia okey dan melihat positif untuk industri. “Pada saya, ini satu langkah yang baik juga sebenarnya. Sebab, kita tahu ada ramai lagi pengarah di Malaysia ini yang berpotensi dan mungkin tidak mendapat lagi peluang itu, kerana bagi saya setiap pengarah pasti ada ‘trademark’ tersendiri, gaya persembahan tersendiri. “Saya pun sebelum ini memang teringin nak buat filem epik dan Alhamdulillah, saya dah buat filem Mat Kilau berjaya, syukur Alhamdulillah. Jadi, saya rasa kepada pengarah lain yang belum mendapat peluang, bagi saya ini langkah yang bagus.

“Ia peluang baik yang mereka berikan untuk pengarah itu menunjukkan ‘skill’ pengarahan dan penulisan yang berbeza dari gaya persembahan saya,” katanya kepada Harian Metro. Menurut Syamsul, semoga dengan pasukan dan pengarah yang baharu, filem prekuel Mat Kilau atau filem-filem epik lain yang Studio Kembara nak hasilkan selepas ini berjaya. Katanya, ia langkah yang amat baik juga supaya ada warna-warni dalam industri filem Malaysia. “Mungkin akan ada kekurangannya juga jika saya yang masih buat (arahkan) filem prekuel Mat Kilau itu. Sebagaimana kita tengok filem luar negara seperti Fast and Furious dan Mission: Impossible, penerbitnya juga ada mengambil pengarah yang berbeza untuk mendapat rasa dan teknik yang baharu dari segi pengarahan dan penulisan. “Jadi, diharapkan sesuatu yang segar dan lain daripada sentuhan Syamsul Yusof. Saya doakan yang terbaik untuk Studio Kembara dalam apa saja filem epik akan dihasilkan nanti, bukan hanya prekuel Mat Kilau itu. Semoga industri filem Malaysia penuh warna-warni dan peluang terus dibuka kepada pengkarya-pengkarya lain,” katanya.

Berbicara juga projek terbaharunya, Syamsul menjelaskan dia kini memerlukan komitmen 200 peratus untuk filemnya akan datang seperti The Original Gangster, sebuah karya aksi moden termahal, terhebat Malaysia yang akan memulakan penggambaran pada November dan Disember depan. Kredit, utusan. PERHATIAN, Pihak kami tidak akan ber tanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak kami juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggung jawab anda. Sementara itu, anda boleh baca juga kisah kisah lain yang menarik dan menghiburkan di bawah ini yang dikongsikan seperti berikut.

Exit mobile version