Umum memang ramai kenali dengan individu ini. Ustaz Don sentiasa sokongan rakan pendakwah terlibat kontroversi. Sejak kebelakangan ini banyak isu yang melibatkan agamawan seperti pendakwah bebas yang lahir daripada program realiti dikatakan mencemarkan nama baik agama.
Lebih parah lagi apabila isu berkenaan membuatkan ramai pihak mula memandang serong terhadap agamawan malah dengan berani memanggil segelintir golongan itu sebagai penunggang agama. Tampil mengulas mengenai isu berkenaan, Ustaz Don Daniyal berkata dia memilih untuk tidak menghakimi pendakwah bebas yang terpalit isu kurang menyenangkan itu.
Ustaz Don sokong rakan seperjuangan terlibat kontroversi.
Sebaliknya menganggap apa yang berlaku melibatkan rakan sepejuangannya itu sebagai ujian dalam persahabatan di antara mereka. “Sejujurnya saya tidak rasa kecewa dengan apa yang berlaku kerana itu adalah ujian persahabatan. Saya bersahabat dengan mereka semua dan mengamalkan konsep brotherhood.
Luahnya lagi “Saya berlapang dada dengan mereka, bahkan Islam juga mengajar kita untuk bersangka baik kepada Allah SWT dan berlapang dada,” katanya kepada mStar. Pendakwah berusia 37 tahun itu berkata demikian ketika ditemui di sidang media Konsert Agungnya Cinta di Kuala Lumpur pada Jumaat.
Katanya lagi, dia tetap menganggap rakan-rakan yang terlibat dengan kontroversi itu sebagai saudara dan sentiasa memberi sokongan mereka. “Macam mana pun keadaan mereka, dia adalah kawan saya. Kalau orang lain nak hina atau apa sahaja, saya sentiasa bersama mereka.
Saya berlapang dada dengan mereka, bahkan Islam juga mengajar kita untuk bersangka baik.
Luah Ustaz Don lagi “Saya akan ada ketika mereka malu, sedih dan ketawa… sebab kami ini adalah bersaudara iaitu brotherhood. Inilah yang Rasulullah SAW perjuangkan,” katanya lagi. Dalam pada itu, Don turut berpendapat rakan-rakan yang terlibat dengan isu panas itu bukanlah penunggang agama sebaliknya dianggap sebagai pencemaran agama.
Katanya “Bezakan di antara pencemaran dan juga penunggang agama, pencemaran ini disebabkan perbuatan kita sendiri. Kriteria penunggang agama mestilah tidak percaya pada agama dan Allah SWT tapi bila nak sesuatu dia menggunakan nama agama.
Ustaz Don amalkan konsep brotherhood dalam persahabatan.
Seterusnya, “Apa yang berlaku dalam kalangan astizah ini bukan penunggang tetapi pencemaran,” katanya. Dalam perkembangan lain, Don bakal muncul dalam konsert Agungnya Cinta ini yang akan menampilkan pelbagai kisah Rasulullah SAW. Konsert itu turut diselitkan persembahan beberapa orang artis seperti Naim Daniel, Kumpulan Raihan, UNIC, Mirwana, dan Man Raja Lawak.
Ustaz Don adakan konsert berhibur sambil beramal.
Konsert Agungnya Cinta ini bukan sekadar hiburan namun merupakan kerja amal bagi membantu golongan memerlukan seperti pemberian kaki palsu, pembiayaan pendidikan dan tuisyen percuma. Sumber, mstar