Nekad untuk jerit sekuat hati, Vivy Yusof kongsikan pengalaman pahit masa bercuti dekat London

USAHAWAN Datin Vivy Yusof berkongsi pengalaman hampir manjadi sasaran penyeluk saku ketika dia sedang bercuti di kota London baru-baru ini. Menurut Vivy kejadian tersebut berlaku apabila seorang wanita tidak dikenali tiba-tiba datang menghampiri dan menyeluk ke dalam tas tangan miliknya. “Saya hampir menjadi sasaran penyeluk saku di Oxford Street ketika sedang mendukung Idris dan tangan satu lagi memegang Sarah. Vivy kongsi detik cemas hampir jadi sasaran penyeluk saku. “Wanita itu memasukkan tangannya ke dalam beg saya dan sudah ada rakan lain menunggu untuk mengambil barang yang diambil,” katanya. Vivy berkongsi kisah tersebut menerusi satu hantaran di media sosialnya. Bagaimanapun cubaan wanita berkenaan tidak berjaya kerana barang-barang berharga ditutup dengan lampin anaknya yang terletak di bahagian atas beg tersebut.

“Syukur lampin Idris berada di bahagian atas. Saya menjerit dengan kuat ke arah wanita itu dan rakannya,” ceritanya.Dalam hantaran sama, Vivy juga menceritakan bagaimana dia berhadapan dengan ragam tiga orang anaknya ketika mereka berada di sana. Vivy syukur semua barang dapat diselamatkan. “Mariam dan Sarah sering brblah manakala Daniel pula menangis nak balik Malaysia sewaktu makan tengah hari disebabkan apartmen kami tidak menyediakan Wi-Fi. “Ada ketika dimana Idris dan Sarah tidur pada waktu yang sama dan kami harus bergilir menggendongnya kerana kami cuma ada satu kereta sorong,” ujarnya. Kredit, Mstar. PERHATIAN, Pihak kami tidak akan ber tanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak kami juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggung jawab anda. Sementara itu, anda boleh baca juga kisah kisah lain yang menarik dan menghiburkan di bawah ini yang dikongsikan seperti berikut.

Vivy Yusof Hadiri Pertunjukan Fesyen Di Paris, Sekali Ini Yang Buat Peminat Cemburu. Siapa tak kenal dengan usahawan terkenal ini. Video memperlihatkan usahawan Vivy Yusof sedang berborak mesra dengan personaliti media sosial terkenal dari Filipina iaitu Bretman Rock mendapat perhatian warganet. Menerusi perkongsian di Instagram Vivy sempat meminta Bretman Rock mengajarnya cara-cara untuk ‘pose’. “Ajar saya macam mana nak pose. Terus, satu kaki naik. Bila jumpa depan-depan, dia sangat menarik,” kongsi Vivy. Vivy berpeluang bertemu dengan personaliti terkenal dalam dunia kecantikan di laman sosial itu ketika menghadiri acara fesyen BOF yang diadakan di Paris baru-baru ini. Bukan sahaja cemburu malah rata-rata warganet meluahkan rasa teruja melihat Vivy dengan Bretman. “Vivy jumpa Bretman! Sangat cemburu! “OMG what on the world. Babe! This, I didn’t expect. My leo sisters. “Omagad dua orang kesukaan saya berada dalam satu video,” komen beberapa warganet.

Lebih menarik lagi, Vivy juga sempat mengambil gambar selfie bersama pelakon Bollywood terkenal Deepika Padukone di acara tersebut. Selain Bretman dan Deepika, Vivy turut berkongsi foto memperlihatkan personaliti terkenal Kylie Jenner yang turut berada di acara tersebut menerusi laman Instagram miliknya. Sumber, gempak. Vivy Yusof didesak letak jawatan. SATU petisyen yang menggesa ahli perniagaan popular, Vivy Yusof meletak jawatan sebagai Ahli Lembaga Pengarah Universiti Teknologi Mara (UiTM) mencatat lebih 103,000 tandatangan selepas beberapa hari ia dimuat naik. Petisyen itu dibuat kerana ketidakpuasan hati masyarakat terhadap Vivy yang didakwa mengeluarkan kenyataan merendah-rendahkan golongan B40 dan M40 yang layak menerima Bantuan Prihatin Nasional menerusi Pakej Rangsangan Ekonomi Prihatin yang diumumkan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin, baru-baru ini.

Vivy dikritik teruk warganet apabila perbualannya dengan seorang lagi ahli perniagaan wanita yang juga rakannya di media sosial tular. Dalam perbualan itu, mereka berkongsi dan bertukar pendapat mengenai sumbangan yang diberikan kerajaan kepada masyarakat selepas ramai yang terjejas dari segi pendapatan selepas Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) dilaksanakan. Difahamkan, mereka dikatakan mempertikaikan sumbangan golongan berkenaan terhadap kerajaan selama ini. Sementara itu, usaha Harian Metro menghubungi Vivy bagi mendapatkan reaksinya tidak berjaya apabila dia tidak menjawab panggilan telefon. Kelmarin, Vivy memuat naik permohonan maaf di Instagram dan menjelaskan maksud sebenar perbualannya dengan rakannya itu. “Saya ingin menjelaskan perkara sebenar di sebalik apa yang tular di Twitter. Ia bukan bermakna saya bersetuju dengan kenyataan pertama ahli perniagaan itu. “Saya sangat mengambil berat mengenai komuniti B40 dan ingin memastikan mereka tidak kehilangan kerja. Kalau anda mengenali saya, saya harap anda faham dari mana asal usul saya.

Luahnya lagi “Saya tahu, ini takkan mengubah apa-apa tapi saya rasa, saya perlu bersuara untuk menjernihkan keadaan. Sekali lagi, saya minta maaf,” tulisnya. Di media sosial, rata-rata ramai yang mengkritik tindakannya termasuk mahu memboikot produk keluarannya di samping mempertikai tindakannya seperti merendah-rendahkan rakyat yang sebelum ini menyokong perniagaannya. Sumber, harian metro

Exit mobile version