Pengacara dan pelakon, Ain Edruce mendedahkan perangai sebenar suaminya, Amirul yang membuatkan ramai rakyat Malaysia terhibur setiap kali mereka membuat Tiktok bersama.
‘Dia kelakar sebenarnya, cuma malu depan kamera’
Ain membongkar perangai Amirul dimana dia sebenarnya seorang yang kelakar tetapi agak malu apabila kamera ada di hadapan. Tambahnya, Amirul sering mendapat nama atas usahanya dalam membuat lawak. “Lawak suami saya tak semua boleh terima, ada setengah yang rasa Amirul tak kelakar tapi kenapa majoriti rakyat Malaysia rasa dia tu lawak. Kadang-kadang penat saya buat lawak, dia yang dapat nama. Sedih, geram pun ada.”
Pelakon telefilem Tebus itu menyatakan bahawa suaminya kini lebih berani untuk bergurau dengannya di hadapan orang ramai walaupun lawaknya itu kadang-kadang kedengaran seperti memerlinya. Terdahulu, Ain selamat diijabkabulkan bersama pasangannya iaitu seorang ahli perniagaan, Amirul Hafiz Mustaffa pada 13 Disember 2019. Hasil perkahwinan tersebut, mereka dikurniakan seorang cahaya mata perempuan, Soraya pada 19 Mei 2021. Sumber, Gempak
Taknak Kongsi Gambar Berpakaian Tak Senonoh, Sekali Ain Edruce Tampil Dedahkan Sebabnya
Sejak kebelakangan ini ada sahaja diperkatakan mengenai isu artis memuat naik gambar berpakaian tak senonoh yang menjadi bualan ramai warganet. Namun lain pula buat pelakon dan pengacara Ain Edruce yang mengatakan dia tidak akan berkongsikan foto yang kelihatan tak senonoh di media sosial. Memetik Astro Gempak, dia tidak mahu perkara itu menjadi bualan warganet serta demi menjaga nama baik keluarganya. “Saya adalah sejenis yang memikirkan sesuatu terlebih dahulu sebelum memuat naik apa-apa perkongsian di media sosial, saya akan fikirkan tentang ibu ayah dan keluarga saya. “Sebagai contoh jika pakaian itu terlalu tak senonoh saya tidak akan kongsikan di media sosial supaya tidak menjadi bualan mulut orang. “Saya lakukan demi menjaga nama baik keluarga dan suami, saya tak mahu nama baik keluarga saya diperkatakan,” katanya.
Dalam pada itu, Ain turut berkata warganet tidak sepatutnya melulu dengan bercakap perkara buruk setiap kali ada artis yang melakukan kesilapan serta mengingatkan tentang undang-undang salah guna media sosial. “Warganet diluar sana pasti akan ambil peluang untuk berkata buruk jika ada artis berpakaian tak senonoh atau melakukan salah, itu tidak baik. “Mungkin warganet berani berkata yang tidak elok sebab mereka tidak tahu bahawa undang-undang salah guna media sosial itu wujud,” katanya. Pelakon dan pengacara Ain Edruce kini memperlahankan karier seninya buat sementara waktu untuk memberi perhatian pada anaknya, Soraya.
Menurut Ain, sebelum ini dia sering memberikan fokus terhadap kerja, namun kini lebih mengutamakan anak perempuannya yang baru berusia tujuh bulan. “Anak lagi penting buat masa sekarang. Tambah lagi saya dan suami, Amirul Hafiz Mustaffa, 29, menjaga sendiri anak kerana tiada pembantu rumah. “Agak bermasalah juga untuk dapatkan pembantu rumah sekarang. Kalau boleh, lagi senanglah kalau ada pembantu. Macam kata emak, agak memudahkan juga kalau ada pembantu kerana saya senang nak bekerja. “Buat masa ini kalau saya kerja, suami yang akan jaga anak. Kalau suami kerja, saya pula kena bercuti. Tak boleh kedua-dua kami bekerja serentak sebab Soraya kena ada salah seorang dari kami bersamanya,” katanya. Dalam pada itu, Ain berkata dia tetap akan memantau anaknya serta tidak akan membiarkan anaknya dijaga tanpa pemantauan ahli keluarga jika ada pembantu rumah.
“Saya tak akan membiarkan anak dan pembantu macam itu saja. Syaratnya, salah seorang emak kami kena ada sekali menjaga Soraya. Dengan cara ini, kami taklah rasa susah hati dan boleh fokus pada kerja,” katanya. Ain mendirikan rumah tangga dengan Amirul yang juga ahli perniagaan dalam sebuah majlis di Quill City Mall pada 13 Disember 2019 selepas enam bulan mengikat tali pertunangan.