Ustazah viral muat naik seseorang boleh kehilangan jiwa bila bersalam dengan artis, sekali Aishah tampil luah rasa kecewa

Aishah meluahkan rasa kecewa dengan pendapat yang dikeluarkan oleh Afifah. Nama Ustazah Siti Afifah Shahbudin semakin menjadi sebutan ramai ekoran sering memberi kenyataan menimbulkan banyak perbalahan dan tanda tanya dalam kalangan masyarakat.

Terbaharu, penyanyi Datuk Aishah pula terpanggil untuk mengulas sebuah video yang dimuat naik oleh Afifah yang mendkwa seseorang boleh kehilangan jiwa atau roh jika bersalaman dengan golongan selebriti. Menurut Aishah atau Wan Aishah Wan Ariffin, 57, apa diperkatakan oleh Afifiah itu seakan-akan mengh.1na artis.

Aishah terkilan apabila golongan artis dipandang h.na.

“Ustazah h.1na golongan kami (artis). Sepatutnya orang macam ustazah bimbing kami dan bukannya mengh.1na. Ustazah adalah orang yang sepatutnya lebih berhemah, lebih berilmu dan lebih dekat belajar dengan Allah,” katanya.

Aishah mengulas perkara tersebut menerusi satu video yang dimuat naik di laman Instagram miliknya. Penyanyi lagu Janji Manis Mu ini turut membuat perbandingan dengan dakwah agama lain yang pernah dilihat ketika dia menetap selama 10 tahun di New Zealand sebelum ini.

“Inilah perbezaan dkwah yang saya lihat selama 10 tahun di New Zealand. Kalau dkwah kita yang marah dan cepat menghukum, jangan marah kalau anak muda terpikat dengan agama lain kerana dkwah mereka penuh kasih sayang. Dosa dengan Allah boleh bertaubat, dosa dengan manusia kena minta ampun sesama manusia. Ustazah h.1na sekelompok kami. Sanggup ke cari kami di akhirat nanti,” jelasnya.

Ustazah adalah orang yang sepatutnya lebih berhemah, lebih berilmu dan lebih dekat belajar dengan Allah

Dalam masa sama, Aishah berpendapat golongan yang mempunyai ilmu agama sebegini sepatutnya menggunakan kelebihan tersebut untuk terus membimbing masyarakat ke jalan benar tanpa menggunakan kekerasan.

“Janganlah tunjukkan dakwah kita dengan keras tanpa kasih sayang. Kepada yang ada ilmu bimbinglah kami dengan cara baik. Berdakwahlah dengan baik. Jangan buat kami hilang rasa hormat terhadap golongan ustaz dan ustazah,” ujarnya.

Aishah menyeru golongan agamawan untuk menyampaikan dakwah secara lembut.

Terdahulu Afifah juga mendapat perhatian ramai selepas mengeluarkan kenyataan berhubung suami dayus apabila seorang isteri mendapatkan khidmat doktor lelaki ketika proses bersalin. Sumber, Mstar Online

Exit mobile version