Ada yang kantoi tonton drama di Telegram, sekali Amerul Affendi beri teguran padu buat ramai setuju

Umum mengetahui drama jnyh thriller One Cent Thief, terbitan Astro Shaw dan Independent Pictures menjadi perhatian ramai disebabkan kualitinya yang setanding dengan taraf antarabangsa.

‘Kantoi’ Tonton Drama Di Telegram

Seharusnya drama ini ditonton di saluran berbayar iaitu Astro . Walaubagaimanapun, seorang warganet ini telah ‘kantoi’ menonton drama tersebut yang dimuatnaik oleh pihak tidak bertanggungjawab di Telegram. “Alaa dekat Telegram da tak boleh tengok One Cent Thief! Dah la last episode pulak tu..Stress mak!”-Ciapan seorang warganet

Amerul Beri Respon!

Ciapan warganet itu turut mendapat respon dari salah seorang pelakon drama One Cent Thief, iaitu Amerul Affendi yang turut memberikan teguran untuk menontonnya di saluran yang sah. “Kakak, kalau mahu drama berkualiti begini terus dihasilkan tontonlah di saluran yang sah.”-Komen Amerul. Sekadar info, drama One Cent Thief ditayangkan serentak di empat saluran berbeza bahasa iaitu Astro Ria, Astro Vinmeen HD, Astro Shuang Xing De, dan PRIMEtime. Sumber, Murai.my

PERHATIAN, Pihak kami tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak kami juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda.

Exit mobile version