Dah hampir 6 bulan menghilangkan diri di laman ig, ramai yang tertanya tanya apa yang jadi pada Azar Azmi

Nama pelakon berbakat Azar Azmi menjadi bualan ramai selepas dia dikatakan sudah lama menyepi dan tidak lagi aktif di akaun media sosialnya. Kehilangan pelakon itu di media sosial juga telah mencetuskan pelbagai persoalan terutamanya dalam kalangan peminat yang tertanya-tanya apa sebenarnya berlaku kepada pelakon itu. Difahamkan, Azar Azmi memuat naik perkongsian terakhir di Instagram pada tarikh 6 Mei yang lalu di mana itu merupakan kali terakhir dia dilihat aktif di platform tersebut. Malah tinjauan di beberapa akaun bisnes milik pelakon itu juga mendapati tiada kemas kini yang dilakukan dan hantaran terakhir yang dimuat naik adalah pada bulan April lalu.

Hantaran terakhir yang dimuat naik oleh Azar Azmi itu pula adalah tentang bisnes yang dikendalikan oleh pelakon itu di mana dia dilihat sedang menguruskan bungkusan barang untuk dihantar kepada pelanggan. Susulan kehilangannya dari media sosial ini, rata-rata peminat turut membanjiri ruangan komen dengan pelbagai persoalan. Meninjau di ruangan komen, kebanyakan warganet turut meluahkan rasa rindu terhadap pelakon itu dan mengharapkan dia kembali aktif dalam bidang lakonan. Dalam masa yang sama, ramai yang turut mendoakan Azar Azmi berada dalam keadaan yang baik-baik sahaja pada masa sekarang ini.

Sekadar makluman, Azar Azmi sebelum ini pernah dilaporkan berkurung di rumah dan enggan berjumpa dengan sesiapa pada sekitar Jun lalu. Diharapkan ada ahli keluarga atau rakan terdekat yang dapat berkongsikan perkembangan terkini pelakon itu bagi menjawab soalan dari orang ramai. Sumber, HCL. PERHATIAN, Pihak kami tidak akan ber tanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak kami juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggung jawab anda. Sementara itu, anda boleh baca juga kisah kisah lain yang menarik dan menghiburkan di bawah ini yang dikongsikan seperti berikut.

Exit mobile version