Minta doa dari kawan kawan dan peminat, bapa Nad Zainal tampil luahkan sesuatu

“Saya memerlukan doa kawan-kawan… semua orang mendoakan yang baik-baik.” Demikian kata bapa kepada Nad Zainal, Zainal Abidin, 63, selepas pelakon itu dimasukkan di Unit Rawatan Rapi di KPJ Ampang Puteri, sejak Isnin susulan masalah paru-paru berdrh. Zainal berkata, dia berterima kasih kepada semua apabila ramai pihak yang ikhlas menitipkan doa buat anak tunggalnya itu.

“Saya percaya Nad juga memerlukan doa daripada kawan-kawan. Mereka (penggiat seni) semua datang berikan semangat kepadanya. Saya juga mengharapkan agar peminat dapat mendoakan yang baik-baik dan kesembuhan kepada anak saya. Terima kasih juga kepada peminat yang mengirimkan doa serta kata-kata yang baik. Malah saya dapat tahu ada juga kawan-kawannya yang mengadakan sesi bacaan Yasin hari ini, alhamdulillah,” katanya.

Terdahulu, industri hiburan dikejutkan dengan perkongsian Ungku Ismail yang memaklumkan Nad berada dalam kritikal. Pelakon drama Cina Bvta itu terpaksa ditidurkan selepas dimasukkan ke Unit Rawatan Rapi susulan mengalami paru-paru berdrh. Difahamkan, Nad,32, pernah dijangkiti CovdI9 pada 13 Mac lalu, namun tidak mengalami sebarang gejala teruk. Awal petang Rabu rakan baik Nad yang juga pelakon Ungku Ismail memaklumkan Nad disyaki mengalami sakit autoimun dan perlu diberikan pemantauan rapi sebagaimana dimaklumkan doktor.

Bagaimanapun pada Khamis, bekas suami kepada Nad, Faliq Amiruddin,34, memaklumkan keadaan aktres ini kini semakin baik berbanding sebelumnya. Menerusi laporan Harian Metro itu, Faliq menjelaskan dia tidak mahu terlalu selesa dengan situasi tersebut dan meminta semua pihak terus mendoakan kesembuhan bekas isterinya itu. Sumber, Media Hiburan

Aeril Zafrel dedah nak tengok Nad Zainal dekat hospital, tapi benda ni yang buatkan dia tak berani

Pelakon Aeril Zafrel memberitahu yang dia berhasrat untuk melawat Nad Zainal yang kini dirawat di Unit Rawatan Rapi di Hospital Ampang Puteri, Selangor. Namun, disebabkan rasa keresahan (anxiety), dia tidak mampu untuk berbuat demikian. “Disebabkan pengalaman peribadi sebelum ini, saya ada anxiety bila tengok seseorang dalam keadaan sebegitu (sakit). Sana nak melawat, tapi dalam masa sama anxiety tu datang. “Saya rasa setengah orang tahu perasaan itu macam mana… bila kita datang tengok orang sakit, kita jadi tak senang. Insya-Allah, saya memang nak melawat Nad dan kalau ada masa, saya akan cuba ke hospital,” katanya kepada Gempak.

Aeril ditemui pada acara Viu Upfront 2023 yang diadakan di Pusat Konvensyen Kuala Lumpur pada Khamis. Dalam pada itu, Aeril menyeru sesiapa yang mengenali Nad supaya sentiasa berdoa agar diberikan kesembuhan oleh Allah SWT. “Ketika dengar dia dimasukkan ke Unit Rawatan Rapi, of course saya terkejut sangat. Sebab kita tak nampak dia ada sebarang penyakit sebelum ini. Betul-betul mengejutkan. “Tambahan pula, Nad merupakan anak tunggal dan semestinya ia satu dugaan yang berat untuk familinya.

Nad pun ada anak yang memerlukan dia, saya harap rakyat Malaysia doakan kesihatan Nad untuk sembuh seperti sedia kala. Sebab doa sahaja yang boleh selamatkan dia,” katanya menutup perbualan. Untuk rekod, Aeril dan Nad pernah membintangi sebuah telefilem berjudul Mengharap Sebuah Keredaan. Telefilem tersebut disiarkan pada 2017. Terdahulu, Nad Zainal dimasukkan ke hospital kerana jangkitan pada paru-paru. Sumber GEMPAK. PERHATIAN, Pihak kami tidak akan ber tanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak kami juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggung jawab anda. Sementara itu, anda boleh baca juga kisah kisah lain yang menarik dan menghiburkan di bawah ini yang dikongsikan seperti berikut.

Exit mobile version