Bella Astillah dimasukkan ke wad, sekali doktor sahkan ini yang ada pada bahagian dahi dia

Pelakon dan penyanyi Bella Astillah dimasukkan ke wad di sebuah pusat perubatan di Ampang, di sini, selepas mengalami sakit kepala yang teruk sejak Ahad lalu. Bella ketika dihubungi berkata, hasil pemeriksaan Imbasan Pengimejan Resonas Magnetik MRI yang dilakukan semalam, mendapati terdapat cecair pada bahagian dahi kanannya. Sekadar info, Dayang Nabellah Bella Awang Astillah merupakan seorang penyanyi dan pelakon wanita Malaysia.

Kerjaya seni Bella Astillah bermula semasa bayi apabila beliau bersama adiknya, Didi Astillah merakamkan sebuah album kanak-kanak dan menyanyikan pelbagai lagu kanak-kanak. Menerusi album kanak-kanak ini, Bella dan adiknya dikenali sebagai Anak-Anak Mutiara. Pada tahun 2019, beliau berlakon di samping Nafiz Muaz dalam drama adaptasi novel, Cinta Belum Tamat Tempoh, seterusnya muncul dengan single solo pertamanya, Tenang dikeluarkan pada 27 Mac 2020.

Saya tidak pernah mengalami migrain atau sakit kepala seteruk ini. Selalunya kalau jatuh sakit saya akan cuba bertahan, tapi ini memang sudah tak boleh nak lwn hingga terpaksa ke hospital. Doktor memaklumkan saya mungkin menghadapi masalah sinus tapi ketika buat ujian MRI, ada cecair yang menghalang di bahagian kanan dahi saya. “Saya kini bergantung dengan ubat tahan sakit dan doktor tidak menyarankan saya melakukan operasi kerana baru kali pertama berdepan masalah seumpama ini,” katanya. Menurut Bella, dia bersyukur apabila suaminya yang juga penyanyi dan pelakon, Aliff Aziz mengambil tugas menjaga anak-anak sepanjang dia dirawat di hospital.

“Sepatutnya Alif ke Singapura untuk bertemu keluarganya hari ini tapi disebabkan saya masih di hospital, Aliff beritahu dia akan berada di rumah menjaga anak-anak. Tiket yang sudah dibeli pun hangus. Saya pun tak tahu sampai bila akan ditahan di wad tapi saya harap masalah sakit kepala ini segera pulih kerana saya dan Aliff baru saja melancarkan muzik video single duet kami berjudul Tetap Di Sini, hari ini. “Jadi banyak perancangan terpaksa ditangguhkan seperti sidang media dan aktiviti promosi. Doakan semoga saya segera sembuh,” katanya. Kredit, HM/IG

PERHATIAN, Pihak admin tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak admin juga tidak mampu untuk memantausemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri. Sumber, onlinemalaya

Exit mobile version