Usahawan terkenal, Datuk Seri Aliff Syukri menjawab persoalan warganet berkenaan pembaharuan yang akan dilakukannya jika dirinya terpilih menjadi Perdana Menteri. Persoalan tersebut diajukan kepada Alif memandangkan Malaysia baru sahaja melepasi fasa Pilihan Raya Umum ke15 dan masih belum menentukan Perdana Menteri yang baharu. Sekadar info, Yang Hormat Dato Sri Aliff Syukri bin Kamarzaman, SSAP, DIMP merupakan salah seorang anak kepada pengasas produk kmosmetik Sendayu Tinggi, Rozita binti Ibrahim. Beliau mula terlibat dalam dunia perniagaan sejak berumur tujuh tahun sewaktu tinggal bersama neneknya di Sabak Bernam, Selangor.
Selepas itu, beliau telah belajar di Sekolah PondokPasir Tumbuh, Kelantan bagi mendalami ilmu agama. Selepas tamat pengajian di sekolah pondok, beliau telah menyambung pelajaran di Sekolah Integrasi AsSyakirin, Shah Alam sehingga tingkatan 5. Beliau telah berkahwin pada umur 20 tahun bersama rakan sekerjanya, Datin Nur Shahida binti Mohd Rashid yang berusia 22 tahun pada ketika itu. Hantaran video di TikTok milik Alif itu memaparkan dia memberitahu segala m.anifesto yang akan dilakukan jika diberi peluang menyandang jawatan tersebut.
Yang pertama sekali, kalau saya jadi Perdana Menteri saya akan buang semua cukai-cukai yang terlalu banyak. Cukuplah hanya satu cukai sahaja. Nombor dua, saya akan pastikan semua usahawan dibela dan menyokong penuh dunia hiburan. Saya juga akan membela nasib ibu tunggal, terutamanya pada mereka yang tiada pekerjaan. Saya juga ingin menjadikan industri pelancongan bertaraf internasional supaya menarik lebih lagi pelancong luar untuk datang. Saya juga akan membantu usahawan tempatan untuk lebih maju, memberikan pendidikan percuma kepada mereka yang tidak mempunyai pelajaran tetapi meninginkan kemmahiran sebab zaman sekarang ni pelajaran nombor dua yang penting ada skill.
“Seterusnya, yang paling utama saya juga akan megelakkan rsuah untuk memajukan sebuah negara, itu pun kalau saya jadi Perdana Menteri mana tahu nextPRU saya bertanding, ada yang nak sokong tak?” jelasnya. Meninjau ke ruangan komen, wargamaya terhibur dengan angan-angan Alif untuk menjadi Perdana Menteri Malaysia dan ada juga yang memberi sokongan penuh jika impiannya itu tercapai. “Sejujurnya janji Datuk ni lagi boleh dipercayai dari janji ahli politik.” tulis warganet. Baru saya tahu sebenarnya dato bijak yaaa. First time sy puji dato ni. Hahaha.
Bernas semua idea Dato tu, alhamdulillah semoga tercapai semua urusan yang pentingnya nawaitu. Saya sokong Dato.Ok. Bertanding la Dato next pru yaa. Saya paling suka bab akademik percuma tu. Kredit, TV3/FB, onlinemalaya. PERHATIAN, Pihak kami tidak akan ber tanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak kami juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggung jawab anda. Sementara itu, anda boleh baca juga kisah kisah lain yang menarik dan menghiburkan di bawah ini yang dikongsikan seperti berikut.